Highlight: Luis Suarez Wira Kebangkitan Barcelona Tewaskan Inter Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Luis Suarez menjadi wira Barcelona selepas menjaringkan gol dua kali – termasuk gol kemenangan lewat – untuk memastikan kemenangan 2-1  ke atas Inter, dalam aksi yang berlangsung di Camp Nou.

Lionel Messi membuat penampilan di dalam perlawanan ini meskipun sebelum perlawanan, Valverde meletakkan pemain itu dalam situasi 50/50.

Inter Milan terlebih dahulu di hadapan menerusi penyerang sensasi mereka, Lautaro Martinez. Gol tersebut sangat pantas. Dilakukan pada minit ke-2 perlawanan.

Nelson Semedo membuat satu blok penting untuk menafikan Alexis Sanchez daripada menjaringkan gol UCL pertama beliau setelah sekian lama tidak beraksi dalam pertandingan ini.

Ter Stegen turut dikerah untuk menafikan percubaan Martinez menerusi tandukan.

Pada separuh masa kedua, Suarez melakukan voli cantik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-58. Kredit kepada Arturo Vidal yang memberikan hantaran yang tepat kepada Suarez.

Griezmann berpeluang menambah gol Barcelona, namun beliau mempersia-siakan peluang terhidang dengan merembat deras ke sisi jaring.

Suarez kemudian menjaringkan gol kemenangan untuk Barcelona pada minit ke-84. Ia  berpunca daripada hantaran cantik oleh Lionel Messi kepada penggempur Uruguay tersebut.

Tamat perlawanan, Barcelona menang 2-1 ke atas Inter Milan.

Ini merupakan kemenangan pertama Barcelona musim ini. Berikut adalah kedudukan kumpulan F.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini: