Highlight LaLiga: Real Madrid Kalah Pula

Real Madrid mengalami kekalahan mengejut di tangan Real Betis selepas tewas 1-2 awal pagi tadi. Kekalahan ini memberi kelebihan buat Barcelona yang kini mendahului LaLiga dengan dua mata di hadapan Real Madrid.

Los Blancos yang perlu menang berikutan kemenangan 1-0 Barca ke atas Real Sociedad pada hari Sabtu lepas, ketinggalan selepas rembatan cantik Sidnei menerjah ke jaring pada minit ke-40.

Karim Benzema kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti pada masa tambahan separuh masa pertama.

Tetapi bekas penyerang sayap Barcelona, Cristian Tello mengejutkan Los Blancos dengan menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-82.

Pemain gantian Betis itu melepasi kawalan semua pemain Madrid untuk tenang menyudahkan peluang melepasi penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois.

Dengan kemenangan ini, Betis mengutip kemenangan kelapan musim mereka untuk naik ke tangga kelapan, lapan mata di hadapan zon penyingkiran liga.

Sejak dari mula pasukan kendalian Rubi itu tidak menunjukkan tanda-tanda akan bergelut menentang Real Madrid.

Sebaliknya mereka sendiri yang menyebabkan bermacam-macam masalah kepada Los Blancos, bermula dengan tandukan Marc Bartra yang tersasar meskipun pintu gol terbuka luas.

Pemain sayap veteran Joaquin kemudiannya berjaya melepasi kawalan Courtois untuk menolak bola ke jaring. Tetapi mujur bagi Real Madrid, Luka Modric pantas menafikan percubaan Joaquin itu pada saat-saat terakhir.

Courtois juga terpaksa memperagakan aksi penyelamat menarik untuk menepis rembatan kali pertama kencang dari Nabil Fekir.

Sidnei yang menjaringkan gol pertama Betis kemudiannya melakukan kesilapan apabila menjatuhkan Marcelo dalam kotak penalti, sekaligus menghadiah sepakan penalti buat Benzema.

Seperti Sidnei, Benzema juga melakukan kesilapan selepas menjaringkan gol apabila hantaran tidak kemasnya pada minit ke-82 dikutip oleh Andres Guardado. Pemain tengah cilik Mexico itu terus melancarkan serangan balas pantas kepada Tello yang mudah menjaringkan gol kemenangan.

Real Madrid cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan. Tetapi rembatan lencong Ferland Mendy berjaya dinafikan dengan baik oleh penjaga gol Betis, Joel Robles. Pada hujung masa tambahan separuh masa kedua, rembatan Benzema sekadar meliar melewati sasaran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN