Highlight EPL: Liverpool Teruskan Rentak Kemenangan

Liverpool meneruskan kecemerlangan mereka dengan menewaskan Bournemouth di Stadium Vitality.

Kemenangan itu meletakkan Liverpool kini 11 mata di atas Leicester yang berada di tangga kedua. Manchester City pula keciciran mata di Etihad dalam aksi derbi.

Liverpool menguasai sebahagian besar perlawanan. Dan pasukan lawan tidak dapat walaupun satu percubaan tepat ke arah mereka.

Jurgen Klopp terpaksa melakukan penggiliran pemain kerana jadual Disember yang padat untuk Liverpool.

Alex Oxlade-Chamberlain, salah seorang pemain yang terlibat dalam penggiliran pemain. Klopp melakukan 7 perubahan pada kali ini.

Chamberlain membuka tirai jaringan pada minit ke-35, hasil umpanan cantik oleh Jordan Henderson.

Sebelum rehat, Naby Keita menjadikan kedudukan 2-0 selepas menerima satu hantaran backheel yang licik kepada Keita.

Pada separuh masa kedua, giliran Keita pula mencipta gol untuk Mohamed Salah.

Salah dengan mudah menyempurnakan peluang 1 lawan 1 berhadapan penjaga gol.

Liverpool memiliki beberapa lagi peluang gol tetapi gagal disudahkan.

Namun begitu, kemenangan 3-0 jelas sekali memberikan senyuman puas di wajah Jurgen Klopp.

Kemenangan yang melanjutkan lagi rekod tanpa kalah Liverpool dalam perlawanan liga kepada 33. Ia rekod baharu kelab.

Selain itu, Liverpool telah menang 15 daripada 16 perlawanan liga mereka yang terakhir.

Bournemouth terus malang berhadapan dengan Liverpool. Mereka tewas 5 perlawanan berturut-turut di tangan The Reds.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram