Highlight UCL: Atalanta Cipta Kebangkitan Ajaib Untuk Mara Ke Kalah Mati

Ini merupakan sejarah paling gemilang untuk pasukan Atalanta. Ini apabila mereka mara ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Shakhtar Donetsk 3-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan C.

Ini mungkin antara kisah yang bakal terpahat selamanya dalam sejarah UCL. Kebangkitan yang luar biasa dicipta sebuah pasukan kecil di Itali.

Untuk pengetahuan semua pembaca, Atalanta tidak meraih sebarang mata dalam 3 perlawanan pertama mereka di peringkat kumpulan. Ia membuatkan mereka dicanang sebagai pasukan yang bakal tersingkir.

Mereka mendapat mata pertama pada perlawanan keempat.

Dalam aksi awal pagi tadi, kemenangan Atalanta 3-0 ke atas Shaktar dan kemenangan 4-1 Manchester City ke atas Dinamo Zagreb membolehkan Atalanta mara ke pusingan 16 akhir.

Timothy Castagne, Mario Pasalic dan Robin Gosens menjadi hero kepada pasukan dari Itali itu untuk membantu mereka mara buat julung kalinya ke pusingan kalah mati – dalam  musim debut mereka di UCL.

Atalanta mara selepas mencipta 2 kemenangan sekali seri dan 3 kekalahan.

Mereka menjadi pasukan pertama dalam sejarah UCL mara ke pusingan kalah mati selepas tewas 3 perlawanan pertama mereka di peringkat kumpulan.

 

Kejayaan itu pastinya menjadi pemangkin semangat untuk Atalanta selepas ini beraksi berhadapan dengan cabaran lebih getir.

Lebih manis, ini merupakan debut Atalanta di dalam kempen UCL selepas kempen Serie A yang cemerlang pada musim lalu. Jelas sekali mereka memang layak berada dalam senarai 32 pasukan terbaik Eropah musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN