Highlight: Arsenal 2 Southampton 2 – Saints Lanjutkan Rekod Tanpa Kemenangan Gunners

Alexandre Lacazette menyelamatkan Arsenal daripada kalah dengan gol pada saat akhir masa kecederaan. Namun ia masih tidak cukup bagus untuk Arsenal.

Arsenal terus tertekan selepas gagal mencipta kemenangan dan berterusan keciciran mata.

Danny Ings meletakkan pasukan pelawat di hadapan seawal minit ke-8, berpunca daripada sepakan percuma pantas diambil oleh mereka.

Alexandre Lacazette menyamakan kedudukan untuk Arsenal – pada minit ke-18 – selepas menyambar bola kedua di hadapan gol.

Southampton yang sebelum ini dibelasah teruk Leicester 9-0 beraksi lebih baik di beberapa bahagian. Anda bayangkan, Southampton  melakukan 21 percubaan ke arah gol berbanding hanya 15 oleh Arasenal.

Arsenal bergelut dengan taktikal mereka di dalam perlawanan ini.

Ward Prowse gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-71, selepas tindakan cemerlang Leno. Namun Ward Prowse berjaya melakukan susulan yang kembali meletakkan Southampton di hadapan.

Perlawanan ditambah masa selama 7 minit pada akhir separuh masa kedua.

Arsenal menyamakan kedudukan menerusi Lacazette pada masa kecederaan. Lacazette menerima bola di hujung tiang gol dan melakukan rembatan tepat.

Perlawanan berakhir 2-2. Arsenal kini sudah lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan. Kali terakhir mereka menang adalah pada Oktober ketika berhadapan dengan Bournemouth.

Unai Emery menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab ke atas keputusan yang dicatatkan pada perlawanan ini.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN