Analisis Taktikal UCL: Taktikal High Pressing Barcelona Hampakan Taktikal Defensif PSG

Taktikal Barcelona telah membantu mereka melakukan kebangkitan luar biasa untuk menang 6-1 dalam perlawanan kedua di Camp Nou selepas tewask 4-0 di Paris.

Menjadikan mereka satu-satunya pasukan dalam sejarah UCL yang mampu mengatasi defisit 4 gol dalam peringkat kalah mati.

Permulaan

Barcelona bermula dengan sistem 3-4-1-2 yang mirip sistem berlian di tengah. Manakala PSG pula bermain dengan sistem defensif 4-5-1.

Pendekatan PSG untuk memulakan perlawanan

PSG sudah dijangka akan defensif. Mereka drop too deep terlalu awal dalam perlawanan ini. Boleh dikatakan mereka berada dalam komposisi yang baik secara positioning.

Mereka cuba untuk mengetatkan kawalan di sekitar zon 14 dan cuba mendesak Barca ke kawasan sisi.

Namun kelemahan utama PSG adalah apabila dalam keadaan sesak (congested). Pemain mereka kerap melakukan kesilapan defensif.

Mereka seperti tidak biasa dengan sistem bertahan dalam unit ramai di dalam parameter yang kecil.

Ini adalah gol pertama di mana, 7 pemain gagal untuk mengatasi tekanan daripada 3 pemain Barcelona yang tidak berfizikal besar.

Marquinhos cuba menghadang secara hadangan badan (body blocking) dalam keadaan ini dan penjaga gol tidak keluar untuk memenangi bola ketika Marquinhos berbuat begitu.

Mereka sangat cuai dan cemerkap dalam situasi duel ketika dalam unit yang ramai dalam ruang yang kecil. Kerap konflik dalam zonal marking.

Gol pertama dan kedua adalah kerana kegagalan mereka sendiri untuk bertahan dalam satu ruang dan bentuk (shape) yang sangat kecil.

Pelan serangan balas PSG lemah

Apabila anda cuba bertahan, anda sudah pastinya perlukan pelan serangan, terutama sekali ketika serangan balas.

Pelan serangan ini yang awalnya sangat lemah dan hampir tidak wujud. Edinson Cavani bersama-sama dengan pemain lain membentuk 10 pemain di belakang bola.

Unai Emery hanya menaikkan sedikit posisi Cavani selepas gol ke-2 Barca dalam perlawanan ini.

Beliau kemudian memasukkan Angel Di Maria, dan masalah ini agak diperbaiki. Namun mereka gagal untuk menghukum Barcelona yang kerap terdedah dengan numerical disadvantages.

Sebelum gol Sergi Roberto, Ter Stegen masih boleh memenangi bola daripada kaki pemain mereka di kawasan PSG.

PSG hampir membunuh perlawanan ini dengan gol Cavani tetapi ia masih belum cukup.

Peranan MSN

Dalam formasi 3-4-1-2 ini, Lionel Messi menjadi no.10 sebenar. Neymar dan Luis Suarez menjadi penyerang moden berkembar.

Agak menarik adalah peranan Neymar di half-space dan Messi di zon 14. Ini yang memberikan masalah utama kepada sistem bertahan PSG yang cemerkap.

Neymar atau Iniesta, pada awalnya dijangka salah seorang akan bermain di peranan bek sayap. Namun ia tidak berlaku. Kedua-dua pemain lebih banyak beroperasi di half-space.

Mereka seperti tanpa pemain sayap di sebelah kanan (wingerless).

Neymar adalah pemain yang aktif bergerak secara diagonal dalam perlawanan ini. Messi antara titik sasaran utama pemain Barca apabila menyerang.

Ini kerana, Messi adalah outlet utama bola kepada Neymar dan Suarez di hadapan. Peranan Messi ini mirip peranan beliau ketika berhadapan dengan Celta Vigo.

Ia bukan false 9, ia adalah no.10.

Taktik high pressing Barcelona

Ia memang sudah dijangka. Pasukan ini memang gemar bermain counter-pressing. Namun cara PSG berhadapan dengan high pressing Barcelona terlalu gugup.

Ia jauh berbeza dengan apa yang mereka lakukan sebelum ini. Pemain mereka gagal untuk melangkau / bypassing blok pressing Barcelona di garisan tinggi dengan baik.

Pemain seperti Rabiot terlalu banyak hilang bola di kawasan sendiri. Mereka cepat panik dengan tekanan ini.

Seterusnya, ketika berjaya melepasi blok pressing di garisan tinggi oleh Barca, mereka kerap melakukan hantaran akhir dan cubaan yang mengecewakan.

Hanya 2 gelecekan sahaja yang berjaya dilakukan pemain-pemain PSG di dalam perlawanan ini.

Penilaian

Ia kemenangan yang sukar ditelan oleh PSG selepas mereka melakukan segala yang nampak sempurna untuk mana-mana pasukan untuk mara.

Mereka menang besar dalam perlawanan pertama tanpa melepaskan sebarang gol. Mereka turut menjaringkan jaringan di tempat lawan. Tetapi masih gagal untuk menang.

Secara taktikal, cara PSG memulakan perlawanan ini terlalu tanpa ego. Ini yang membuatkan Barcelona membuli mereka.

Unai Emery mahukan anak buah beliau menyerap tekanan di kawasan paling rendah. Namun aktiviti ini terlalu banyak kesilapan dan kegugupan defensif.

Pada fasa transisi mereka juga sangat bermasalah. PSG hanya melakukan 118 hantaran sahaja dalam perlawanan ini, dan ia memang statistik buruk untuk pasukan seperti mereka.

PSG tidak ada kemampuan (inability) untuk menghukum beberapa kesilapan Barcelona termasuk ketika Ter Setegen naik pada minit akhir.

Saya dapat simpulkan ini adalah total tactical error daripada Unai Emery. Dan ia adalah pendekatan taktikal yang sangat berani oleh Enrique yang membuahkan hasil.

Pemain terbaik

Iniesta (Barcelona)

Statistik

Baca juga: Skuad Negara Umum Senarai 23 Pemain, Pemain Perak Kuasai Senarai

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN