Heynckes Akui Bayern Datang Melamar, Tetapi Beliau Mahu Pertimbangkan Sebaiknya

Layanan Bayern Munich ke atas beliau satu ketika dahulu mungkin masih bermain di fikiran beliau. Beliau mendengar kelab sudah pun menemui pengganti baru beliau sebelum musim berakhir.

Heynckes lantas terus umumkan persaraan sebelum musim berakhir dan beliau sudah pun mendengar Bayern sudah menghubungi Pep Guardiola dan enggan melanjutkan kontrak beliau.

Uli Hoeness ketika itu berterus terang yang mereka sudah memaklumkan kepada Heynckes bahawa khidmat beliau tidak akan disambung. Heynckes sebelum ini berharap kelab menyambung kontrak beliau setahun lagi.

Namun Bayern Munich enggan terlepas Guardiola yang tidak berjawatan. Pada awalnya, ramai tidak pasti sama ada Guardiola akan ke Bayern Munich

Hoeness memberitahu ZDF:

“Kami sudah memaklumkan kepada Jupp yang kami sudah menghubungi Pep Guardiola. Sudah tentunya kami mahu bekerjasama dengan beliau setahun lagi tetapi kami memutuskan ia dengan cara ini.”

Tahun yang sama beliau membuat pengumuman persaraan, Heynckes meninggalkan Bayern Munich dengan keputusan luar biasa. Menamatkan musim dengan ‘big treble’ 2 kejohanan domestik dan 1 UCL.

Anda pasti masih ingat aksi terbaik Arjen Robben ketika itu walaupun awalnya dikatakan pembelian merugikan.

Selepas itu ramai penyokong mulai merasai Heynckes ada sesuatu yang istimewa cuma perlu diberikan masa ketika dalam proses transisi.

Pada masa yang sama kebangkitan luar biasa Dortmund di bawah Klopp memang agak hebat ketika itu.

Semalam, beliau mulai dikaitkan dengan jawatan di Bayern Munich sekali lagi. Cinta dan sayangya kepada Bayern tak pernah pudar dan beliau tidak menolak kemungkinan untuk keluar daripada persaraan demi Bayern Munich.

Bayern Munich menawarkan opsyen untuk interim jika beliau tidak mahu menjadi pengurus tetap. Adakah beliau akan kembali untuk kali ke-3 sebagai pengurus Bayern Munich ataupun kali ke-4 sebagai jurulatih.

Pengurus 72 tahun itu memberitahu RP Online bahawa beliau masih dalam pertimbangan untuk perkara itu.

“Baju saya tak kering lagi, saya perlu menganalisis semua perkara. 4 tahun setengah saya meninggalkan bola sepak sejak hari terakhir di Bavaria, bola sepak sudah banyak berubah.”

Heynckes mengakui yang presiden Bayern Uli Hoenes, CEO kelab, Karl-Heinz Rummenigge dan Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihadmidzic ada menghubungi beliau untuk mengambil alih jawatan tersebut pada musim hadapan jika beliau tidak mahu mengambil alihnya sekarang.

Namun laporan ESPN pula melaporkan Heynckes sedang dalam pertimbangan untuk menjadi interim sahaja.

Sumber

1. RP Online – http://www.rp-online.de/sport/fussball/bayern-muenchen/jupp-heynckes-hat-fc-bayern-muenchen-noch-nicht-zugesagt-aid-1.7124300

2. Sky Sports – http://www.skysports.com/football/news/11890/8407221/bayern-munich-coach-jupp-heynckes-decision-to-retire-was-not-entirely-voluntary

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN