Herold Goulon Sah Akan Kekal Bersama Pahang FA

Herold Goulon Chanturu Pahang Felda

Banyak tanda tanya menyelubungi pasukan Pahang FA untuk cabaran Liga Malaysia pada musim hadapan.

Beberapa pemain telah sah dilepaskan. Antaranya pemain import dari Singapura, Safuwan Baharudin yang kini telah memilih menyertai Pahang FA.

Khidmat pemain penyerang seperti Lazarus Kaimbi, Norshahrul Idlan Talaha, Sadil Ramdani dan Kogilan Raj turut tidak disambung untuk saingan musim 2020.

Pertanyaan mengenai status Ketua Jurulatih, Dollah Salleh turut kekal misteri. Sejak latihan pasukan bermula pada 3 Disember lalu, tiada kelihatan kelibat jurulatih berpengalaman itu kelihatan bersama pasukan.

https://www.instagram.com/p/B6JSWpPHRxo/?utm_source=ig_web_copy_link

Namun sekurang-kurangnya penyokong Pahang boleh menarik nafas lega selepas pemain pertahanan dari Perancis, Herold Goulon memberi bayangan akan kekal bersama pasukan itu pada musim akan datang.

Ini berikutan ejen kepada pemain import tersebut telah mengesahkan kontrak Goulon bersama Pahang akan dikekalkan pada musim hadapan.

Melalui satu video yang dimuat naik di halaman rasmi pemain itu, Goulon kelihatan berada di dalam santai menikmati sebuah lagu yang sinonim di kalangan penyokong bola sepak.

Beliau kemudiannya berhenti, dan berkata:

“Hai semua. Tahukah anda? Jumpa anda dalam tempoh terdekat.”

Turut disertakan bersama video tersebut ialah tanda pagar Pahang FA, yang bermaksud mesej tersebut ditujukan khas kepada penyokong Tok Gajah.

Mesej daripada Goulon tersebut seolah-olah memberi bayangan beliau akan kembali bersama pasukan Pahang dalam masa terdekat.

Herold Goulon, Dollah Salleh
Pertahanan Pahang, Herold Goulon meraikan gol pertamanya untuk Pahang. (Foto: Pahang FA)

Selain daripada Goulon, masa depan pemain penyerang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme turut menjadi pertanyaan penyokong pasukan Pahang.

Nwakaeme dilaporkan kembali ke negaranya untuk bercuti. Sebelum itu Nwakaeme turut berkata akan menentukan masa depan beliau bersama Tok Gajah selepas selesai percutian.

Musim lalu Pahang FA menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kedua, selain turut layak ke separuh akhir Piala Malaysia dan Piala FA.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN