Hernanes Sertai Hebei CF Dari Juventus, Tolak Tawaran Celtic

Pada 5 Februari lalu, media di Itali melaporkan pemain tengah ini dalam proses akhir untuk menyertai kelab Chinese Super League Hebei CF.

Berita ini dikuatkan lagi apabila CEO Juventus, Giuseppe Marotta mengesahkan mereka akan memutuskannya pada Isnin (6/2/2017).

Beliau sedang berunding dengan pihak dari China tentang hal itu dan Hernanes juga mahu untuk bermain di sana.

Ia sekaligus menanamatkan sebarang usaha oleh Celtic untuk mendapatkan pemain itu dari Juventus.

Marotta turut memberikan gambaran kepada laman Calcimercato ianya cuma seinci sahaja lagi untuk diselesaikan.

Pada awal pagi tadi waktu Malaysia, Fabrizio Romano dari Sky Sports mengesahkan transaksi itu sudah sah.

https://twitter.com/FabrizioRomano/status/828681345551446016

Juventus menerima bidaan €8 juta dengan bonus tambahan €2 juta jika pemain itu cemerlang.

Hernanes dikatakan pilihan ke-3 Pellegrini selepas cubaan mendapatkan Yaya Toure dan Borja Valero gagal.

Hernanes dan isterinya dilaporkan sudah mulai menghantar teks selamat tinggal kepada rakan-rakan mereka di sekitar Turin.

Laporan media di China melaporkan, Hernanes ditawarkan kontrak €7 juta setahun.

Ianya lebih 2 kali ganda pendapatan beliau ketika di Juventus. Beliau hanya dibayar €3 juta setahun di Juve.

Ini bermakna Henanes akan menerima gaji kira-kira €146,000 seminggu di China.

Hernanes akan menyertai 2 lagi bekas bintang Serie A di Hebei China Fortune iaitu Ezequiel Lavezzi dan Gervinho.

Gael Kakuta adalah pemain import Hebei CF yang telah dipinjamkan ke Deportivo La Coruna untuk musim ini.

Namun tidak pasti ia ada opsyen untuk perpindahan tetap.

Hebei China Fortune mahukan musim 2017 yang lebih baik selepas hanya menduduki tangga ke-7 liga musim lalu.

Sebelum ini skuad Manuel Pellegrini pernah singgah di Malaysia dalam rancangan pra musim mereka.

Pasukan dari China itu memilih untuk berhadapan dengan Kedah dalam perlawanan persahabatan tertutup di Shah Alam.

Hebei CF menang 4-2 dalam perlawanan tersebut.

Baca juga: Hebei Fortune Tewaskan Kedah Dalam Aksi Perlawanan Persahabatan Tertutup

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN