Hernan Crespo: Lautaro Martinez Mampu Jadi Aguero Yang Seterusnya

Crespo

Kredibiliti dimiliki pemain muda, Lautaro Martinez disifatkan oleh bekas penyerang skuad kebangsaan Argentina, Hernan Crespo mempunyai ciri-ciri untuk menjadi Sergio Aguero yang seterusnya.

Martinez, berusia 22 tahun yang menyarung jersi Inter Milan itu sudah mencipta 11 jaringan pada aksi Serie A 2019/20 selepas mengharungi 25 perlawanan sebelum kempen liga Itali itu turut terpaksa dihentikan akibat serangan wabak COVID-19.

Potensi besar dimiliki Martinez juga telah membuka mata kelab-kelab ternama seperti Real Madrid dan Barcelona yang mengintai peluang untuk mendapatkan khidmatnya.

Sehubungan dengan itu, Crespo turut yakin bahawa Martinez mampu untuk menjadi individu penting buat pasukan kelab dan juga Argentina.

MILAN, ITALY – MARCH 08, 2008: Head coach FC Internazionale Roberto Mancini (R) and Hernan Crespo chat during the “Serie A” 2007-2008 match, round 27, between Inter Milan and Reggina at the “Giuseppe Meazza” stadium in Milan

”Kita tahu mengenai Mauro Icardi dan Paulo Dybala, sementara itu kami dapat melihat apa yang Lautaro Martinez boleh lakukan.”

”Lautaro mungkin boleh menjadi Sergio Aguero yang baharu. Dia tidak tajam dalam gelecekannya tetapi dia lebih kepada ‘pemain berpasukan’ berbanding Kun [Sergio Aguero], yang mana selalu terganggu,” ujar Crespo menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Lautaro seringkali terlibat dengan pergerakan, jadi dia boleh beraksi sebagai penyerang tunggal atau bersama seorang lagi penyerang seperti Romelu Lukaku, saya amat menyukai mentaliti dimilikinya.”

Lahir di Bahia Blanca, Argentina, Martinez mula beraksi di pentas bola sepak profesional bersama kelab Superliga, Racing Club pada musim 2015. Musim lalu beliau berhijrah ke Inter Milan dengan yuran perpindahan bernilai €22.7 juta.

Kredit foto: Claudio Villa – Inter/Inter via Getty Images

Baca artikel yang lain dari kami mengenai Inter Milan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram