Henry:”Jika Neymar Nak Lari Daripada Bayangan Messi, Sila Ceburi Sukan Lain”

Bekas pemain Barcelona, Thierry Henry merasakan, alasan untuk Neymar ke PSG kerana mahu lari daripada bayang-bayang Messi adalah sukar diterima.

Henry meluangkan 3 musim bersama-sama dengan Lionel Messi di Barcelona dan sangat kenal akan pemain berbakat itu. Henry berpendapat, Neymar masih lagi dibayangi oleh Lionel Messi walaupun beliau kini tidak lagi beraksi di Barcelona.

Neymar berhijrah ke PSG atas alasan mahu menjadi pemain utama dalam pasukan. Beliau juga mahukan peluang lebih baik untuk pengiktirafan peribadi yang lebih banyak seperti Ballon d’Or ataupun Anugerah FIFA Best.

Jika di Barcelona Neymar bukan bintang utama di kelab tersebut. Thierry Henry masih merasakan Neymar perlu berusaha keras lagi untuk berada di tahap yang Messi ada pada hari ini.

“Saya tak tahulah, jika Neymar meninggalkan Barcelona dan kemudian, dia tidak lagi dibayangi oleh Lionel Messi.”

“Setahu saya, semua pemain di dunia ini dibayangi oleh Lionel Messi. Jadi, jika Neymar tidak mahu dibayangi oleh Lionel Messi, caranya adalah dengan menceburi sukan lain selain bola sepak.”

Lionel Messi menyelamatkan Barcelona daripada tewas di Stamford Bridge pada pertengahan minggu dan sekaligus memberikan 1 gol di tempat lawan sebagai bekalan mereka ke Camp Nou selepas ini.

Neymar pula meratapi kekalahan di Santiago Bernabeu di tangan Real Madrid selepas pasukan beliau diletakkan sebagai calon pilihan untuk menjuarai UCL pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN