Henderson, Robertson Mungkin Sempat Pulih Untuk Aksi Berdepan Leicester

Andy Robertson Jordan Henderson Liverpool

Keresahan penyokong Liverpool mengenai senarai kecederaan pemain sedikit terubat apabila dua tonggak utama iaitu kapten pasukan Jordan Henderson dan pertahanan kiri Andy Robertson mungkin sempat pulih untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hujung minggu ini.

Krisis di kem The Reds dilihat semakin meruncing apabila satu demi satu pemain skuad utama mereka mengalami kecederaan. Antaranya adalah Virgil van Dijk, Thiago Alcantara, Joe Gomez, Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain dan Trent Alexander-Arnold.

Henderson dan Robertson pula mengalami kecederan ketika tugasan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan masing-masing baru-baru ini.

Henderson sudah sah tidak akan diturunkan untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) menentang Iceland pada Rabu.

Robertson pula tidak beraksi ketika Scotland tewas 1-0 kepada Slovakia pada Ahad lepas dan juga akan direhatkan untuk perlawanan berdepan Israel yang juga akan berlangsung pada Rabu.

Penyerang utama, Mohamed Salah telah disahkan positif COVID-19 selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan ketika tugasan bersama skuad kebangsaan di Mesir.

Namun keputusan sama ada beliau dibenarkan beraksi berdepan Leicester pada Sabtu ini bergantung kepada keputusan ujian saringannya yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

Fabinho juga mungkin akan kembali selepas kecederaan hamstringnya dijangka pulih selepas beberapa minggu direhatkan dan mungkin menjadi pilihan untuk bergandingan dengan Joel Matip di barisan pertahanan tengah.

Perkembangan ini pastinya sedikit melegakan pengurus Jurgen Klopp dalam misinya untuk mempertahankan kejuaraan EPL.

Dengan prestasi memberangsangkan pemain-pemain di bahagian serangan terutamanya penyerang baharu Diogo Jota, pastinya beliau optimis dengan peluang pasukannya untuk terus mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.

Bagaimana Klopp masih mengharapkan pihak pengurusan liga dapat melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah jadual yang terlalu padat sehingga berlaku peningkatan kecederaan melibatkan pemain EPL pada musim ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Jordan Henderson dan Andy Robertson:

Jordan Henderson Tambah Senarai Kecederaan Pemain Liverpool

Andy Robertson Mengadu Alami Kecederaan Hamstring Ketika Bantu Scotland

Bekas Fisioterapis England Jelaskan Punca Peningkatan Kecederaan Pemain EPL Musim Ini

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply