Eden Hazard Mahu Balas Kepercayaan Sarri

Hazard

Pemain sayap serangan pasukan Chelsea, Eden Hazard mahu membalas kepercayaan Sarri kepada beliau.

Eden menerima pelbagai reaksi ketika menyatakan beliau masih berimpian ke kelab paling hebat di dunia, Real Madrid.

Hazard memberitahu, Real Madrid adalah satu destinasi impian yang tak akan padam. Namun beliau selesa di Chelsea buat masa ini dan mahu membalas kepercayaan Sarri kepadanya.

Maurizio Sarri telah membantu Eden Hazard mendapatkan semula ketajamannya di hadapan gol. Sebelum ini Sarri menyatakan yang Eden Hazard mampu menjaringkan 40 gol semusim.

Hazard menjadi nadi penting kepada Chelsea awal musim ini termasuk dalam kemenangan ke atas Southampton. Sekaligus membantu Chelsea kekal tak kalah setakat ini.

Sarri telah berjaya memberikan Hazard keyakinan dengan gaya taktikal yang membolehkan Hazard lebih kebebasan di dalam padang berdasarkan taktikal yang lebih dominan ke atas bola.

Namun begitu, Hazard tetap memberitahu yang masa depannya di Chelsea masih tidak ditentukan lagi.

“Apabila anda bermain bola sepak, anda mahu bermain dengan pengurus seperti ini kerana beliau membenarkan kita bermain dengan cara yang kita selesa.”

“Saya mahu memenangi sesuatu untuk beliau dan kemudian baru memikirkan tentang apa yang akan berlaku pada akhir musim nanti.”

“Buat masa ini, di kepala saya, saya hanya memikirkan kenikmatan bermain bola sepak dan memenangi perlawanan.”

“Rasanya, setiap tahun pun sama. Apabila lawan kami berhadapan kami, mereka gerun kerana Chelsea ada pemain-pemain handalan.”

Hazard memberitahu yang Sarri mementingkan ‘efficiency’ dalam serangan dan elakkan kesilapan ketika bertahan.

Apabila ada peluang, perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membunuh perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN