Hatrik Gareth Bale Pacu Kemaraan Real Madrid Ke Final Piala Dunia Kelab FIFA 2018

Bale

Hatrik dalam tempoh 11 minit (tidak termasuk waktu rehat) dihasilkan Gareth Bale membawa Real Madrid ke landasan yang terbaik untuk sekali lagi menobatkan Los Blancos selaku juara Piala Dunia Kelab FIFA buat kali keempat dalam sejarah penganjuran kejohanan tersebut.

Pada perlawanan yang berlangsung di Zayed Sport City Stadium, Abu Dhabi itu, Real Madrid berjaya menundukkan Kashima Antlers  3-1 bagi menempah aksi perlawanan akhir bertemu wakil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al Ain.

Walaupun diletakkan sebagai pilihan utama untuk menjuarai saingan, Real Madrid tidak memandang ringan saingan yang diberikan wakil Jepun itu apabila membariskan majoriti pemain utama pada perlawanan ini.

Turun dengan misi mencipta kejutan buat gergasi Sepanyol itu, Kashima Antlers menyajikan aksi bertenaga pada awal permainan.

Sepakan penjuru cantik dari sebelah kiri pintu gol oleh Yasushi Endo gagal dihalang pertahanan Real Madrid, namun Shoma Doi dan Seung-Hyeon Jung yang berada di hadapan pintu gol yang terbuka luas gagal untuk menggunakan kesempatan tersebut.

Rembatan dalam kawasan gol Real Madrid oleh pertahanan kiri, Shuto Yamamoto juga hanya sedikit tersasar bagi sekali lagi menyelamatkan gawang yang dikawal Thibaut Courtois.

Real Madrid yang kembali menggandakan asakan menemui jaringan yang dinantikan pada minit ke-44 menerusi Gareth Bale hasil permainan ‘one two’ bersama Marcelo.

ABU DHABI, UNITED ARAB EMIRATES – DECEMBER 19: Gareth Bale of Real Madrid scores the third goal and his hat-trick during the FIFA Club World Cup semi-final match between Kashima Antlers and Real Madrid at Zayed Sports City Stadium on December 19, 2018 in Abu Dhabi, United Arab Emirates. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Hasil kesilapan pertahanan Kashima Antlers pada minit ke-53 memberikan peluang buat Bale untuk menambah jaringan kedua buat Real Madrid.

Berselang dua minit kemudian, Bale melengkapkan hatrik selepas pemain antarabangsa Wales itu meledakkan rembatan kaki kiri padu dalam kawasan gol untuk menewaskan Sun Tae Kwoun.

Kashima Antlers memperoleh jaringan saguhati pada minit ke-81 hasil jaringan yang dilakukan oleh Shoma Doi.

Jaringan yang mendapat tentangan dari pemain Real Madrid tetapi Video Assistant Referee (VAR) mengesahkan jaringan tersebut.

Perlawanan 90 minit tamat dengan keputusan 3-1 memihak Real Madrid.

Sebagai rekod, Real Madrid telah memenangi saingan Piala Dunia Kelab pada tahun 2014, 2016 dan 2017. Mungkinkah kejuaraan ketiga berturut-turut berjaya diraih skuad bimbingan Santiago Solari ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN