Hatrik Fauzarn Nordin Bantu Gombak Klasiko FC Tundukkan TTDI Terrapins 4-0

Pertemuan dua gergasi Selangor Champions League 2017 antara Gombak Klasiko FC menentang TTDI Terrapins malam semalam di Stadium Panasonic Shah Alam menyaksikan Gombak Klasiko mudah menundukkan TTDI Terrapins dengan keputusan 4-0.

Bermula dari babak pertama, penguasaan padang nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan berusaha untuk bermain hantaran pendek dalam usaha untuk mengekalkan penguasaan bola.

Namun TTDI Terrapins nampak lebih kemas dan teratur berbanding Klasio yang tercari-cari rentak permainan. Meskipun begitu, Gombak Klasiko terlebih dahulu membuka akaun jaringan.

Berpunca daripada sepakan sudut sebelah kanan, pertahanan Gombak Klasiko, Adam Arief mudah menanduk masuk gol pertama selepas tidak dicabar oleh mana-mana pertahanan TTDI Terrapins.

Selang seminit selepas gol pembukaan, Gombak Klasiko mempamerkan aksi penyudah yang tajam sekali lagi – kali ini menerusi pemain tengah mereka, Fauzarn Nordin. Menerima hantaran lintang dari sayap kiri, Fauzarn melepaskan sepakan separa voli first timer yang menewaskan penjaga gol TTDI Terrapins.

Mendahului separuh masa pertama dengan jaringan 2-0, Gombak Klasiko kemudiannya mengendurkan sedikit intensiti serangan mereka pada separuh masa kedua.

TTDI Terrapins pula semakin agresif menyerang untuk mencari gol bagi merapatkan kedudukan. Namun ketiadaan penyudah klinikal dan kekurangan kualiti teknikal dan fizikal barisan penyerang mereka membuatkan pasukan TTDI ini terus hampa.

Sebaliknya, Gombak Klasiko yang berjaya menambah jurang gol melalui satu serangan balas yang mudah disempurnakan Fauzarn Nordin sekali lagi pada minit ke-54.

Seakan-akan sudah hilang fokus, pertahanan Terrapins sekali lagi dihukum Fauzarn selepas beliau bijak melepasi perangkap ofsaid Terrapins untuk melengkapkan hatrik dan melengkapkan pesta gol Gombak Klasiko.

Dengan kemenangan ini, Gombak Klasiko melonjak naik ke tangga ke-2 Kumpulan B dengan 5 mata – 1 mata di belakang Empayar Bangi yang masih kekurangan satu perlawanan.

Manakala TTDI Terrapins terperosok di tangga terakhir kumpulan selepas gagal mengutip sebarang mata daripada dua perlawanan.

Statistik perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN