Hasnul Zulkarnain Tak Akan Letak Jawatan Sebab Ada Misi Lebih Penting Untuk Dilaksanakan

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Munaim semalam (7 November 2018) telah bersemuka dengan sekumpulan penyokong Perak yang mendesak agar beliau meletakkan jawatan.

Ini gara-gara tindakan beliau yang membawa balik Piala Malaysia ke rumahnya dan bergambar sambil mengepit piala tersebut menjadi tular dan dianggap tidak patut dilakukannya.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa pertemuan itu adalah tidak dirancang. Dan ianya berlaku di pekarangan Bangunan Perak Darul Rizduan.

Ini selepas beberapa hari lalu Hasnul Zulkarnain bertegas bahawa beliau tidak akan tunduk dengan tekanan dan desakan daripada mana-mana pihak yang mahukannya meletak jawatan.

Semalam, kumpulan penyokong tersebut menyampaikan satu memorandum bantahan – mendesak agar Hasnul melepaskan jawatan beliau serta merta. Mereka juga berharap agar jawatan Presiden PAFA diambil alih oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Hasnul Zulkarnain yang dalam perjalanan ke pejabat beliau bagi menghadiri mesyuarat exco telah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan kelompok penyokong tersebut.

Hasnul Zulkarnain kemudiannya menyatakan bahawa beliau tidak sesekali akan berundur daripada jawatan Presiden PAFA walaupun didesak dan ditekan oleh ramai pihak. Namun beliau tidak menghalang para penyokong menyuarakan bantahan.

Beliau berkata: “Kalian semua boleh meneruskan bantahan dan menyerahkan memorandum kepada MB, saya tiada masalah.”

“Kalian sebagai penyokong berhak untuk menyuarakan pandangan kalian. Dan saya sudah meminta maaf secara terbuka. Dan pada saya – saya tidak melakukan kesalahan jenayah. Saya tidak merompak, mencuri ataupun memecah amanah dalam PAFA.”

“Cuma [insiden] itu adalah kesilapan dan kelemahan saya sendiri. Sesiapa boleh melakukan kesalahan. Tetapi itu bukan kesalahan dari segi undang-undang dan [kesalahan] yang boleh membuatkan saya dimurka oleh Allah SWT.”

“Tetapi kalian boleh teruskan usaha ini, teruskan. Saya ini terbuka [dalam hal ini]. Mana-mana pihak boleh suarakan [pandangan], tetapi untuk mendesak saya meletak jawatan, saya sesekali tidak akan meletakan jawatan kerana ada misi besar yang saya cuba laksanakan, saya ikhlas. Kita tunggu dan lihat.”

Beliau kemudian menyatakan sudah lali dengan tekanan daripada penyokong Perak sejak menggalas tugasan tersebut.

“3 bulan pertama pegang PAFA pun begini juga keadaannya. Tetapi saya tiada masalah. Saya ikhlas.”

Beliau kemudian menyuruh kumpulan itu teruskan usaha dan cuba berjumpa dengan Menteri Besar.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil 10 kelab penyokong Perak itu akan meneruskan bantahan mereka selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN