Harry Maguire: Kami Perlu Mula Untuk Raih Kejuaraan

Harry Maguire

Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire menuntut supaya The Red Devils untuk mengorak langkah hebat bagi memenangi trofi selepas skuad pimpinannya berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Carabao 2020/21.

Manchester United menyamai pencapaian musim lalu dalam saingan tersebut selepas menundukkan Everton 2-0 hasil jaringan lewat daripada Edinson Cavani dan Anthony Martial sekali gus menempah pertemuan menentang jiran tetangga, Manchester City di separuh akhir. Lawan sama yang menggagalkan usaha mereka untuk ke final pada edisi lalu.

Dengan reputasi selaku antara pasukan disegani di pentas bola sepak Inggeris, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Manchester United dalam keadaan tertekan untuk menamatkan penantian kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada musim 2016/17 [Liga Europa dan Piala Carabao].

Sehubungan dengan aksi menarik ditampilkan, Maguire yang tidak pernah memenangi kejuaraan utama mahu United menjulang  trofi pada musim ini.

”Ini adalah persembahan yang luar biasa [bertemu Everton] dan kami seharusnya menang dengan lebih mudah.”

”Kami memiliki tiga atau empat peluang keemasan. Kami perlu menjadi lebih klinikal,” ujar Maguire menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Penyudah Edinson Cavani sangat cemerlang menggunakan kaki lemahnya [kaki kiri]. Dia mengalami kecederaan tetapi sangat baik untuk melihat dia kembali. Dia merupakan penyerang hebat sepanjang kariernyer.”

”Kami berharap untuk memenangi trofi. Ia sangat penting untuk melayakkan diri ke perlawanan besar tetapi kami perlu mula memenanginya dan menjulang beberapa trofi buat kelab ini.”

”Kami mengawal permainan dan memang berhak untuk mencatatkan kemenangan,” tambah Harry Maguire lagi.

Kredit featured image: Ash Donelon/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester United:

Wes Brown: Saya Harap Son Heung-min Berada Di Manchester United

Raiola: Pogba Perlu Pergi, Dia Dah Tak Gembira Di Manchester United

Saha: Manchester United Perlukan Empat Orang Lagi Bruno Fernandes

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN