Harry Maguire: Kami Ke Leicester Bukan Untuk Seri

Harry Maguire

Pertahanan termahal dunia, Harry Maguire menegaskan bahawa Manchester United bertandang ke King Power Stadium malam ini dengan misi yang jelas iaitu untuk mencatatkan kemenangan pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20.

Meskipun keputusan seri sudah memadai buat United untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan, pemain bernilai £80 juta itu tetap mahukan kemenangan sekaligus akan meletakkan The Red Devils di tangga ketiga liga.

Sebagai bekas pemain Leicester City, Maguire juga sudah pastinya mahu melangkah keluar dari stadium yang pernah menjadi kebanggaannya selama dua musim itu dengan penuh kepuasan.

Manchester United yang terikat 63 mata dengan Chelsea, berada di tempat ketiga pada ketika ini selepas memiliki kelebihan jaringan berbanding skuad kendalian Frank Lampard itu.

Sehubungan dengan itu, Maguire melihat hanya kemenangan bakal merealisasikan impiannya untuk menamatkan saingan musim ini di belakang Liverpool dan Manchester City.

”Kami tidak pergi ke Leicester dan bermain hanya untuk mendapatkan keputusan seri, itu merupakan perkara yang jelas,” ujar Maguire menurut laporan Goal.

”Kami akan menghadapi perlawanan ini dan memenanginya. Kami mahu mendapatkan tiga mata penuh. Kami akan menghadapinya sama seperti kami lakukan dalam perlawanan lain.”

”Mungkin jika kami terikat pada lewat permainan, kami akan menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza tetapi pasti akan berusaha untuk mendapatkan tiga mata.”

”Kami sedang menduduki tangga ketiga liga dan itu merupakan tempat di mana kami mahu berada pada penghung hari Ahad ini.”

”Pada awal musim kami meletakkan sasaran untuk berada di kelompok empat pasukan teratas. Ramai orang tidak merasakan kami mampu pada Krismas tetapi kami telah berada di kedudukan yang hebat pada ketika ini dan ia merupakan perlawanan yang menyeronokkan untuk dihadapi.”

”Sangat penting [untuk beraksi di Liga Juara-Juara Eropah]. Saya menyertai kelab ini untuk memenangi trofi yang besar dan Liga Juara-Juara Eropah adalah salah satu daripadanya. Sebagai kelab dan pemain, kami mahu berada dalam saingan itu, jadi ia sangat penting buat kami untuk berada di sana.”

Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Harry Maguire:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN