Harry Kane Tak Sabar Untuk Bertemu Dengan Barcelona

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane secara terbuka mengakui beliau cukup gembira dengan hasil dari undian peringkat kumpulan UEFA Champions League (UCL) baru-baru ini.

Menurut laman Barca Blaugranes, Kane jelas teruja dengan hasil dari undian tersebut yang menyaksikan pasukannya akan bertemu dengan 3 pasukan utama di Eropah.

Mereka diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan juara La Liga, Barcelona serta gergasi Itali iaitu Internazionale dan juga wakil Belanda – PSV Eindhoven.

Kane secara terang-terangan gembira dengan undian ini kerana beliau dan rakan-rakan dapat beraksi dan menetang pasukan-pasukan utama di dunia serta bermain di stadium yang hebat.

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 27: Harry Kane of Tottenham Hotspur warms up prior to the Premier League match between Manchester United and Tottenham Hotspur at Old Trafford on August 27, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

“Ianya satu undian yang cukup hebat, perlawanan di stadium-stadium masyhur seperti Nou Camp dan juga San Siro. Ianya satu undian yang cukup baik, perlu diraikan.”

Kane sedar tugas mereka akan sukar untuk berhadapan dengan pasukan seperti Barcelona, namun beliau mengakui semuanya boleh diatasi dengan baik.

“Barcelona akan menjadi satu ujian yang cukup berbeza tetapi untuk bermain di stadium seperti Nou Camp dan berhadapan dengan beberapa pemain terbaik dunia, ianya hebat untuk bermain dalam perlawanan sebegini.”

“Perlawanan menentang PSV Eindhoven juga sukar kerana mereka adalah pasukan utama di Belanda, begitu juga dengan Internazionale, mereka ada sejarah yang begitu hebat.”

“Seperti yang saya katakan, ianya satu undian yang baik.”

Musim lalu, Tottenham Hotspur berjaya menjadi juara kumpulan dalam undian maut yang turut dihuni oleh Real Madrid dan juga Borussia Dortmund.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN