Harry Kane Enggan Menolak Sebarang Kemungkinan Ekoran Minat Dari Real Madrid

Penyerang antarabangsa England dan Tottenham Hotspur, Harry Kane menegaskan beliau gembira dengan kehidupannya di kelab London itu buat masa ini dan masih kekal fokus.

Kane bagaimanapun mengakui bahawa beliau tidak boleh untuk mengatakan bahawa perpindahan ke kelab lebih besar tidak akan berlaku buat dirinya.

Berita yang kurang enak untuk didengari peminat Tottenham Hotspur ketika ini apabila gergasi Eropah, Real Madrid dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 24 tahun ini dengan nilai hampir €200 juta.

Beliau yang akan mengetuai cabaran England bertemu Slovenia dalam saingan kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2018 mengakui perpindahan ke Sepanyol mungkin akan berlaku pada masa akan datang.

”Saya tidak akan mengatakan tidak,” katanya kepada akhbar mengenai potensi perpindahan ini. ”Tetapi saya juga tidak akan mengatakan ya.”

”Saya fikir dalam bola sepak, anda tidak akan pernah tahu dan anda tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. Ianya bukan sesuatu yang saya mahu lakukan tetapi boleh berlaku. Anda tidak pernah tahu.”

”Seperti yang anda katakan, saya sangat gembira ketika ini. Itu yang penting. Kita akan lihat apa yang akan berlaku selepas ini, tetapi buat masa ini itulah yang saya fokuskan.”

Harry Kane
ENFIELD, ENGLAND – OCTOBER 04: Gareth Southgate, Manager of England and Harry Kane of England speak to the media during a England Press Confrence at the Tottenham Hotspur training ground on October 4, 2017 in Enfield, England. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Kane yang bakal diberi tanggungjawab menjadi ketua pasukan pada perlawanan bertemu Slovenia pagi nanti akan merasakan pengalaman pertama kali beliau untuk mengepalai skuad Three Lions keluar dari Stadium Wembley sebagai impiannya sejak dari zaman kanak-kanaknya.

Kane masih mempunyai kontrak sehingga tahun 2022 bersama Tottenham Hotspur.

Beliau sudah menjaringkan 84 jaringan sepanjang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan 6 gol pada musim ini. Bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2018 pula, Kane berjaya mencetak 3 gol setakat ini.

Sebelum ini Real Madrid sudah berjaya merekrut dua pemain bintang Tottenham iaitu Luka Modric dan Gareth Bale untuk memperkuatkan pasukan Los Blancos itu pada tahun 2012 dan 2013.

Adakah selepas ini giliran Harry Kane pula ke Real Madrid?

Sumber :

Goal (2017) http://www.goal.com/en-gb/news/kane-refuses-to-rule-out-spain-move/lpgvx0nm4u9j1pjbgqduuboa9

Mail Online (2017) – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4950278/Harry-Kane-consider-abroad-later-career.html

ESPN FC (2017) – http://www.espnfc.com/blog/transfer-talk/79/post/3220648/harry-kane-leaves-door-ajar-for-big-money-move-away-from-tottenham

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN