Harry Kane Anggap Manchester City Dan Liverpool Tetapkan Penanda Aras EPL

Harry Kane sekali lagi membantu pasukannya untuk menang mengatasi Aston Villa. Spurs ketinggalan seawal minit ke-9, selepas Aston Villa menjaringkan gol pembukaan menerusi McGinn.

Namun pada minit ke-73, pemain debut, Tanguy Ndombele melakukan gol EPL pertama beliau untuk menyamakan kedudukan.

Ketika Aston Villa berkira-kira untuk pulang 1 mata, pada 5 minit terakhir perlawanan, Harry Kane meledak 2 gol.

Kane terus menjadi penyerang penting Spurs, meskipun mereka pada pra-musim lalu gagal mendapatkan Paulo Dybala yang dilaporkan terlalu ‘demand’.

Walaupun baru perlawanan pembukaan, Harry Kane sudah merasakan bahawa juara dan naib juara musim lalu, Manchester City dan Liverpool sudah menetapkan penanda aras dalam saingan liga kali ini.

Liverpool dan City, masing-masing menang mudah 4-1 dan 5-0 dalam perlawanan pembukaan. Ia secara tak langsung memberikan isyarat kepada pasukan lain akan kualiti 2 pasukan tersebut, seperti musim lalu..

Jadi, menurut Kane, sangat penting untuk mereka bersaing dengan 2 pasukan tersebut dari segi kualiti.

“Liverpool sudah menetapkan standard, kemudiannya diikuti oleh Man. City pada hari berikutnya. Jadi, kami di sini [Spurs] tahu bahawa musim ini akan menjadi musim sukar dan panjang.”

“Kami berjaya mencetak kemenangan pada hari pembukaan. Namun masih ada banyak kerja untuk kami usahakan demi memperbaiki pasukan selepas ini.”

Harry Kane turut mengucapkan tahniah kepada Tanguy Ndombele di atas debut dengan jaringan pertama beliau di Stadium Tottenham.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram