Harimau Malaya Hadapi Laluan Sukar Selepas FIFA Sah Akan Tolak Mata

Harimau Malaya sah akan berhadapan laluan sukar ke Piala Asia 2023  selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sah akan menolak mata pasukan berikutan penarikan diri Korea Utara dari kempen kelayakan.

Pekara itu diputuskan oleh FIFA selepas meneliti kedudukan terkini semua kumpulan bertanding, yang menyebabkan Kumpulan H tinggal empat pasukan bertanding selepas penarikan diri Korea Utara.

Jurucakap Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA), Lee Jae-chul sebelum ini menjelaskan keputusan tersebut dilakukan kerana bimbang para pemain serta pegawai pasukan dijangkiti wabak COVID-19.

Penarikan diri Korea Utara ini bermakna keputusan perlawanan menentang pasukan tercorot dalam semua kumpulan tidak akan dikira untuk mewujudkan persaingan yang adil untuk semua pasukan dari semua kumpulan merebut 12 slot ke Piala Asia secara automatik.

Mekanisme lama

Lapan juara kumpulan akan terus ke Piala Asia 2022. Empat pasukan menduduki tempat kedua terbaik dengan kutipan mata tertinggi dari lapan kumpulan yang dipertandingkan turut akan mara secara automatik.

Kedudukan kedua terbaik sebelum ditolak mata.

Manakala baki 28 pasukan bertanding terpaksa melalui pusingan ketiga dan peringkat play off untuk berebut 12 baki slot ke pusingan akhir yang akan diadakan di China pada Jun 2023.

Untuk mara ke pusingan ketiga pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 pula, lima pasukan terbaik di kedudukan kedua dan juara kumpulan akan mara secara automatik.

Mekanisme baharu

Berdasarkan perubahan yang diumumkan FIFA, setiap juara kumpulan tidak akan terjejas kedudukannya untuk layak ke pusingan seterusnya.

Bagaimanapun untuk kedudukan kedua sehingga keempat, setiap pasukan yang berhadapan pasukan di kedudukan kelima akan ditolak mata selepas pusingan kedua kelayakan ini selesai untuk menentukan kedudukan akhir pasukan yang akan layak ke Piala Asia dan pusingan ketiga Piala Dunia 2022.

Penjelasan mengenai mekanisme terbaru itu telah dikongsikan oleh FA Thailand melalui satu kenyataan beberapa jam yang lalu.

Penarikan diri dari kempen kelayakan bukan perkara baharu yang berlaku di benua Asia. Pakistan turut pernah menarik diri dari pusingan kelayakan AFC U-23 yang menyebabkan penganjur mengubah format kelayakan

Di dalam Kumpulan G, Indonesia hampir pasti berada di kedudukan tercorot selepas tewas semua perlawanan yang mereka lalui setakat ini.

Apa skuad Harimau Malaya perlu lakukan?

Kedudukan terkini bermakna skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe wajib mengutip keputusan positid dari baki 3 perlawanan nanti, bermula dengan UAE pada 3 Jun, diikuti oleh Vietnam dan Thailand selang beberapa hari kemudian.

Perlu diingat, Malaysia bukan satu-satunya negara yang terkesan akibat penarikan diri Korea Utara. Justeru itu, pasukan negara hanya perlu mempamerkan prestasi terbaik di dalam setiap perlawanan untuk mengumpul sebanyak mungkin mata dari baki perlawanan untuk layak ke pusingan seterusnya.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Harimau Malaya:

Ini ‘Benchmark’ Yang Ditinggalkan Brendan Gan Buat Penggantinya Nanti

‘Jangan Banyak Main Media Sosial’ – Cheng Hoe Tak Mahu Pemain ‘Koyak’ Dengan Komen Negatif

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply