Hariss Harun Tinggalkan JDT, Hijrah Ke Lawan Kedah Di Piala AFC 2021

Hariss Harun JDT Lion City Sailors 2021 Kedah Piala AFC

Pemain tengah dan kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun baru diumumkan meninggalkan pasukan untuk menyertai kelab di Singapura iaitu Lion City Sailors.

Menurut laporan The Straits Times, selepas tujuh tahun berkelana ke JDT, beliau telah kembali ke tanah kelahirannya dan difahamkan kontrak Hariss Harun adalah untuk tiga tahun setengah dan meninggalkan baki kontrak setahun setengahnya di JDT.

Selain mahu kembali dekat dengan keluarganya di Singapura, difahamkan beliau telah kembali untuk mengukuhkan cabaran Lion City Sailors dalam usaha untuk memenangi gelaran Singapore Premier League seterusnya melayakkan diri ke Champions League.

Untuk musim ini, kelab yang dibarisi Hariss Harun itu bakal menjadi lawan Kedah Darul Aman FC dalam saingan Piala AFC 2021 yang bakal bermula pada penghujung Jun depan. Adakah beliau dan kelab baharunya akan berjaya menafikan peluang Kedah?

Lion City Sailors diletakkan dalam Kumpulan H bersama Kedah, Persipura Jayapura dan Sai Gon FC dalam semua aksi akan dilangsungkan di Singapura. Kelebihan buat tuan rumah selain kelibat Hariss Harun yang kenal rapat gaya permainan Kedah.

Dalam pada itu, melihat perkongsian Hariss Harun di laman sosial peribadi sebentar tadi, beliau mengucapkan penghargaan buat JDT atas peluang yang diberikan selama tujuh tahun. Titipnya, “Saya sangat gembira dapat bermain bersama JDT.”

“Dan satu penghargaan apabila memakai lilitan kapten bersama sebuah kelab yang memenangi banyak kejuaraan di atas padang selain mencipta kegemilangan di luar padang,” tambahnya sambil tidak sabar melakukannya bersama Lion City Sailors.

Kehadirannya ke Lion City Sailors dikatakan tepat pada masanya selepas melalui revolusi daripada sebuah kelab biasa, Home United kepada sebuah kelab kaya raya selepas diswastakan. Mereka juga membawa masuk playmaker, Diego Lopes daripada Portugese Primeira Liga dengan tanda harga $2.9 juta Singapura.

Dalam saingan Singapore Premier League, mereka ketika ini berada di tangga kedua, satu mata di belakang juara bertahan, Albirex Niigata. Dan tentunya, kemasukkan Hariss Harun bakal menguatkan cabaran mereka di saingan Piala AFC 2021.

Baca lagi artikel lain mengenai Hariss Harun dan JDT:

Apa Yang Hariss Harun Maksudkan Dengan ‘Keputusan Telah Dibuat’?

Hariss Harun: “Semua Pasukan Di Liga Malaysia Mahu Tewaskan JDT”

Syamer Kutty Abba Mahu Jadi ‘Klon’ Hariss Harun

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply