Hariss Harun: “Semua Pasukan Di Liga Malaysia Mahu Tewaskan JDT”

Hariss Harun

Menjelang aksi tumpuan di antara Selangor dan JDT pada malam ini, kapten JDT – Hariss Harun menyatakan beliau dan rakan-rakannya bertekad untuk melaksanakan tugasa mereka dengan sebaik mungkin.

Hariss Harun memberitahu yang JDT tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan Selangor. Dan beliau menuntut rakan-rakannya agar menganggap setiap perlawanan adalah perlawanan akhir.

Dipetik daripada JST, beliau berkat: “Kami tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan Selangor, kami perlu menganggap setiap perlawanan ibarat perlawanan akhir.”

Seterusnya Hariss Harun juga menyatakan bahawa di dalam Liga Malaysia, boleh dikira semua pasukan mahu mengalahkan JDT. Dan beliau menganggap ianya satu cabaran.

Hariss menambah: “Dalam Liga Malaysia, boleh dikatakan semua pasukan mahu menewaskan kami lebih-lebih lagi kami merupakan juara Liga Super lima tahun berturut-turut.”

“Ia adalah normal dan kami mengambil perkara tersebut sebagai satu cabaran. Kami juga perlu memperbaiki mutu perlawanan dari segi individu.”

Hariss sedar akan kesukaran untuk beraksi di tempat lawan. Jadi beliau merasakan sangat penting untuk para pemain JDT bersedia secara fizikal dan mental.

Dali

“Insya-Allah, kami akan memberikan yang terbaik dan memastikan tugas terlaksana. Seperti yang saya pernah katakan, bermain di tempat lawan adalah tidak mudah, tidak kira di mana sahaja kami bermain.”

“Oleh itu penting bagi kami untuk mempersiapkan mental dan fizikal dalam keadaan terbaik. Kami tidak boleh terlalu memikirkan mengenai perlawanan seterusnya kerana kami perlu memberi fokus kepada perlawanan ini terlebih dahulu,” tambah beliau lagi.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply