Harimau Kudung Teruskan Persiapan Rapi, Uji Pasukan Selebriti Tanah Air

Kerjasama Semuanya BOLA

Harimau Kudung

Dalam usaha memburu slot ke Kejohanan Piala Dunia Orang Kudung 2022, pasukan bolasepak orang kudung Malaysia terus giat menjalankan persiapan rapi ketika ini.

Selepas dicabar oleh pasukan pemenang Anugerah Komuniti di Anugerah Bolasepak Kebangsaan, The Ohana FC tempohari, pasukan yang dikenali sebagai Harimau Kudung itu di uji pula oleh barisan artis-artis tempatan, pada pagi tadi.

Antara artis yang sempat meluangkan masa bagi beraksi menentang skuad Harimau Kudung ini ialah Altimet, Ruffedge, Meet Uncle Hussein, Awie Rafael dan Projektor Band. Perlawanan tersebut telah diadakan di Sports Planet Subang Grand, Subang Jaya.

Biarpun tampil serba kekurangan dan beraksi dengan menggunakan tongkat, namun pasukan dengan impian besar ini jelas berada pada kelas mereka yang tersendiri.

Mereka berjaya menundukkan barisan artis yang juga merupakan sukarelawan untuk kerja kerja amal bersama sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan, IMARETS dengan keputusan 4 gol tanpa balas.

Perlawanan persahabatan ini adalah inisiatif terbaharu #ProjekTongkat dalam meningkatkan kesedaran berkenaan impian pasukan Harimau Kudung untuk mencari dana bagi mempersiapkan diri ke Kejohanan Jemputan 5 Negara, di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada Februari 2020.

Dalam pada itu, bagi anda yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian ke akaun berikut :

*MAKLUMAT AKAUN SUMBANGAN *
– KELAB BOLA SEPAK PAN-DISABILITY
– CIMB​: 800 204 6126
– REF​: MAFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram