Hari Terakhir EFL Championship Penuh Drama, Newcastle Juara, Blackburn Tersingkir!

Newcastle United melengkapkan kemaraan mereka ke Premier League dengan menggondol EFL Championship. Mereka menewaskan Barnsley dengan jaringan 3 gol tanpa balas.

Ayoze Perez, Chanchel Mbemba dan Dwight Gayle menjaringkan setiap gol. Mereka mengutip 94 mata.

Trofi Old Lady dijulang di Newcastle kerana Brighton melepaskan gol penyamaan oleh Jack Grealish pada lewat perlawanan. Ya jaringan lewat perlawanan ini yang membuatkan Brighton gagal juara.

Sebelum itu, Brighton mendahului satu gol yang dijaringkan oleh Glenn Murray.

Sebelum ini Brighton hanya memerlukan 1 kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan mereka. Namun 3 perlawanan terakhir mereka semuanya gagal menang.

Newcastle yang sudah diramal hanya mampu menjadi pengirin tiba-tiba seperti bangkit semula dari ‘mati’ apabila Brighton seri dengan Norwich dan kemudian tewas di tangan Bristol City.

Pengurus Brighton sebelum hari perlawanan terakhir ini sudah memberitahu, Newcastle tidak akan kalah atau seri pada hari terakhir kerana mereka dalam semangat tinggi selepas diberikan peluang oleh Brighton.

Hanya kemenangan yang membolehkan Brighton juara. Kata-kata Chris Hughton itu ternyata benar.

Kita selalu berseloroh dengan kawan-kawan dengan istilah kena potong di selekoh akhir. Itulah hakikat yang harus ditelan Brighton.

Namun, Chris Hughton tetap berbangga dengan pencapaian mereka layak ke EPL untuk musim hadapan. Besar betul cabaran Brighton ke EPL.

Sebelum ini tewas 3 kali dalam play off daripada 4 musim terakhir. Kini, piala kejuaraan yang sudah mereka genggam dengan sebelah tangan terlepas pula.

Ia berita yang pasti menggembirakan penyokong Newcastle. Ramai yang menganggap Newcastle pasukan kedua pilihan berdasarkan kualiti skuad.

Namun Rafa Benitez ternyata memiliki ramuan yang betul untuk memenangi promosi dengan bergaya.

Fulham akan beraksi playoff

Seperti ramalan, Fulham akan layak ke play-off dan menentang Reading. Leeds yang merupakan pencabar mereka keciciran mata. Cottagers. mengatasi Sheffield Wednesday 2-1 manakala Wigan Athletic mengikat Leeds United 1-1.

Sheffield Wednesday bakal beraksi menentang Huddersfield Town dalam saingan play-off. Ini merupakan derbi Yorkshire yang hangat juga.

Turun ke League One

Blackburn akhirnya dihumban ke League One. Kemenangan ke atas Brentford dengan skor 3-1 sia-sia. Ini kerana Birmingham menang ke atas Bristol City 0-1.

Ini menjadikan mereka bekas juara EPL yang pertama bermain dalam liga tier ke-3 bola sepak Inggeris.

Nottingham Forest juga menang ke atas Ipswich Town 3 gol tanpa balas.

Berikut keputusan perlawanan hari terakhir Championship serta kedudukan carta musim ini.

Aston Villa 1-1 Brighton, Brentford 1-3 Blackburn, Bristol City 0-1 Birmingham, Burton 2-4 Reading, Huddersfield 0-3 Cardiff, Newcastle 3-0 Barnsley, Norwich 4-0 QPR, Rotherham 1-1 Derby, Sheffield Wednesday 1-2 Fulham, Wigan 1- 1 Leeds, Wolves 1-0 Preston

Kedudukan terakhir EFL Championship 2016/17. Sumber: BBC.

Siapakah pilihan anda ke Premier League 2017/18 menerusi playoff?

Adakah sama ada Reading atau Sheffield Wednesday? Mungkin juga Huddersfield atau Fulham?

Apa kata anda? Kongsikan kepada kami.

Baca juga: Arturo Vidal: “Untuk Messi, FIFA Pakai Undang-Undang Lain”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN