Hari Jadi Messi Disambut Dengan Meriah Di Kalkota

Lionel Messi genap berusia 34 tahun pada Khamis lalu. Bintang Barcelona dan Argentina itu dilahirkan pada 24 Julai 1987 di Rosario.

Bagaimanapun untuk hari jadi kali ini, Messi tidak menyambutnya bersama keluarga kerana komitmen beliau bersama skuad kebangsaan Argentina di Kejohanan Copa America 2021.

Beberapa pemain Argentina telah berpakat dan melakukan kejutan buat kapten mereka, Lionel Messi, sempena ulang tahun kelahiran pemain terbaik dunia yang ke-34 tersebut.

Pemenang Ballon d’Or enam kali tersebut kini sedang menjalankan tugas di perantauan bersama pasukan kebangsaan Argentina dalam kempen Copa America di Brazil, diberikan kek hari jadi dan beberapa hadiah oleh rakan sepasukannya, sambil disaksikan pemain seperti Angel di Maria dan Nicolas Otamendi.

Messi, yang tinggal sebilik dengan Sergio Aguero, dikejutkan oleh rakan-rakan dan beberapa staf pasukan ketika dia sedang berehat di dalam selimut, di mana mereka menyanyikan lagu selamat hari jadi dalam bahasa Argentina sebelum Messi meniup lilin di kek.

Messi kemudiannya diberikan beberapa hadiah, termasuk topi dan juga sejenis minuman yang dipanggil wine.

Penyerang Barcelona tersebut memuatnaik video tersebut ke akaun Instagramnya dan mengucapkan terima kasih di atas kejutan tersebut.

Sambutan tahunan di Kalkota

Sebenarnya sambutan hari jadi Messi tidak terhad hanya dengan kehadiran pemain itu. Tidak ketinggalan menyambut hari jadi Messi ialah peminat-peminat setia pemain itu di Kalkota, India.

Bandar tersebut dikenali sebagai “Mecca of football” kerana kegilaan penduduknya terhadap sukan bola sepak. India sebenarnya adalah sebuah negara yang menggemari sukan kriket dan hoki. Tetapi bandar Kalkota agak berlainan daripada bahagian lain di India.

Di sini, mereka sangat obess dengan Messi. Disebabkan itu, hari jadi kapten Argentina dan Barcelona itu diraikan seperti karnival pada setiap tahun.

Menurut laporan Business Standard, penduduk di sana telah meraikan sambutan hari jadi Messi sejak pemain itu melakukan penampilan senior pertama bersama Barcelona, iaitu pada 2006.

Karnival atau ‘Pesta Messi’ tersebut dianjurkan oleh kelab penyokong ‘Argentina’ dan kelab penyokong Messi di sana.

Sepanjang sambutan, anda boleh melihat bendera Argentina digantung di sekitar bandar. Kadbod dan patung Messi turut akan membanjiri hampir semua jalanan di bandar tersebut.

Dan tarikh 24 Julai, hampir semua penduduk di Kalkota akan memakai jersi Argentina, Barcelona atau baju biru untuk menyambut hari istimewa itu.

Turut dilakukan ialah hidangan pelbagai jenis juadah, termasuk kek harijadi gergasi dengan wajah Messi yang diedarkan ke seluruh bandar.

Tahun ini sambutan hari jadi Messi di Kalkota tetap disambut walaupun dunia dilanda pandemik. Pengunjung dan penduduk dilihat meraikannya dengan penuh SOP termasuk memakai pelitup muka.

Bayangkan saja sambutan hari jadi Messi sekiranya tiada pandemik seperti tahun-tahun sebelumnya.

 

Baca artikel lain menarik lain daripada kami:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Senarai Kereta Mewah Dibeli Messi Sejak Beraksi Bersama Barcelona

4 Perkara Di Sebalik Pendedahan ‘Penuh Kontroversi’ Kontrak Messi Oleh El Mundo

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply