Harga Tiket Liga Super 2021 Dijangka Naik

Kerjasama Semuanya BOLA

Kpah Sherman Kedah Penang 2021

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Beberapa pasukan Liga Super 2021 telah menimbangkan hasrat untuk menaikkan harga tiket perlawanan apabila penyokong dibenarkan kembali ke stadium bermula April 2021.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, keputusan menaikkan harga tiket ini mengambil kira faktor kos tambahan yang terpaksa ditanggung pasukan kerana pelaksanaan SOP ketat di stadium.

Pasukan Lembah Klang, Selangor misalnya menjangkakan akan ada kenaikan harga tiket sebanyak RM5 hingga RM10 untuk musim ini.

“Jika diikutkan dengan pelaksanaan SOP, penambahan pekerja dan sebagainya akan berlaku jadi kami terpaksa menaikkan harga tiket perlawanan.”

“Kita akan berbincang mengenai perkara ini, tetapi penyokong Selangor tidak perlu risau kerana tiket semua akan dijual kepada penyokong tuan rumah sahaja,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon.

Pelaksanaan SOP turut menjadi alasan yang sama bagi Kedah Darul Aman untuk menaikkan harga tiket.

Pasukan perlu melakukan sanitasi stadium sebelum penyokong boleh dibawa masuk.

“Kami perlu meletakkan orang untuk menjaga stadium, selain itu kos sanitasi stadium kami perlukan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KDA, Khamal Idris Ali.

Walaubagaimana pun, KDA masih belum lagi menetapkan jumlah kenaikan harga tiket yang bakal dinaikkan kelak.

Kerajaan Malaysia membenarkan penyokong kembali ke stadium dengan had kapasiti yang ditetapkan mengikut kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Kesemua tiket akan dijual secara dalam talian dengan penyokong perlu duduk dengan jarak 1.5 meter daripada penyokong lain.

Baca juga artikel kami mengenai Liga Super 2021:

Liga Super: Penalti Selamatkan Maruah JDT, Ikat Perak Di Ipoh

Tomas Trucha Beri Pandangan, Adakah Ini Perlawanan Terbaik Penang FC?

Karsten Neitzel: Kami Sangat Bermasalah Berdepan Pemain Nombor 12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply