Harapan Malaysia Jadi Tuan Rumah Kabur, Peluang Buat Vietnam Dan Singapura

Champions League AFC Cup 2021 Malaysia tuan rumah

Sebelum ini dikatakan Malaysia berpeluang untuk menjadi tuan rumah bagi saingan Champions League dan Piala AFC 2021 yang dijangka bermula pada Jun depan.

Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, peluang untuk menjadi tuan rumah terbuka untuk mana-mana pasukan yang berminat dan ianya akan dibuka untuk permohonan selepas majlis undian diadakan pada 27 Januari lalu.

Katanya kepada Berita Harian apabila diajukan persoalan mengenai kemungkinan pasukan dari Malaysia yang akan menjadi tuan rumah, “Boleh [menjadi tuan rumah]. Tetapi selepas undian dijalankan, baru kita buka untuk tuan rumah.”

Begitupun, situasi COVID-19 di Malaysia sangat tidak membantu untuk membolehkan sama ada Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman FC (KDA FC) atau Terengganu FC memohon untuk menjadi tuan rumah aksi kumpulan masing-masing.

Malaysia merekodkan purata lebih 3,500 kes sehari untuk seminggu. Untuk Piala AFC, jika mereka juga turut memohon, Singapura (27 kes), Vietnam (15 kes), Myanmar (427 kes) dan Filipina (1,694 kes). Untuk JDT yang beraksi di Champions League, negara seperti China merekodkan purata kes rendah iaitu 102 kes dan Jepun (4,074 kes).

Jika graf tidak berjaya dilandaikan dalam tempoh terdekat, kemungkinan Malaysia bakal berdepan dengan situasi lebih buruk disebabkan kebolehjangkitan yang tinggi.

Dan, selain memberi kesan kepada saingan Liga Malaysia (Liga M), ia juga memungkinkan kesukaran untuk wakil Malaysia memohon untuk menjadi ruan rumah.

Jika dilihat, Vietnam, Singapura dan China berkemungkinan bakal dipilih dengan purata kes mingguan yang rendah. Namun, segalanya tertakluk kepada permohonan pasukan yang terlibat dan juga keputusan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Selain itu, untuk Vietnam, mereka sudah membenarkan saingan V-League 2021 dilangsungkan. Musim lalu, mereka turut menamatkan musim 2020 menggunakan sistem separa upper league dan lower league selepas setengah musim.

Mereka adalah calon kuat untuk menjadi tuan rumah selain Singapura, jika kedua-duanya membuat permohonan. Malaysia masih perlu melihat kepada tren terkini.

Apa kelebihan menjadi tuan rumah? Selain tidak perlu bergerak ke luar negara yang sudah tentu bakal berdepan suasana dan kemungkinan yang berbeza, tuan rumah juga boleh memanfaatkan penggunaan stadium sendiri. Sudah tentu, mereka lebih mengetahui kelebihan dan kekurangannya padang yang mereka akan gunakan nanti.

KREDIT FEATURED IMAGE: THE AFC

Baca lagi artikel lain berkaitan saingan Piala AFC dan Champions League:

ACL2021: JDT Diundi Bersama Dengan Jiangsu Suning & Nagoya Grampus

JDT Adalah ‘AFC Club of the Decade’

Berbaloikah Terengganu FC Rombak Import Sebagai Persediaan Piala AFC?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

One Comment

Leave a Reply