Hanya Tinggal Satu Isu Yang Memisahkan Saddil Ramdani Untuk Sertai Sabah FC

Kerjasama Semuanya BOLA

Saddil Ramdani Bhayangkara FC Sabah FC 2021

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto mungkin akan sekali lagi menggunakan ‘pengaruhnya’ untuk membawa masuk pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani.

Saddil Ramdani merupakan bekas pemain yang pernah dikendalinya bersama skuad Sukan SEA Indonesia sebelum ini gagal dibawanya bersama pada musim lalu. Ini kerana, pada ketika itu, pemain sayap berusia 22 tahun itu sedang diintai kelab Eropah.

Mengikut laporan daripada IndoSport, Saddil Ramdani ketika itu sedang diintai oleh tiga kelab yang beraksi di Jupiler Pro League, Belgium iaitu Sint-Truidense VV, SV Zulte Waregem dan Club Brugge KV, sejurus beliau dilepaskan oleh Sri Pahang FC.

Walaubagaimanapun, beliau akhirnya kembali ke Indonesia untuk menyertai Bhayangkara FC dan menolak tawaran Persib Bandung dan PSS Sleman.

Untuk rekod, beliau tampil sebanyak 21 kali bersama Pahang dalam aksi sulungnya di Liga Super Malaysia, namun khidmatnya tidak disambung untuk saingan musim 2020. Saddil Ramdani merekodkan dua jaringan dalam 1369 minit permainannya.

Pastinya tiada masalah untuknya membiasakan diri di Malaysia dan dengan kehadiran pengendali yang amat mengenali kemampuannya, pemain yang telah membantu Indonesia meraih pingat Perak di Sukan SEA 2019 itu dijangka mampu menyengat.

Menurut laporan terbaru IndoSport, Saddil Ramdani masih memiliki baki kontrak bersama Bhayangkara FC dan ketika ini, kedua-dua kelab sedang mengadakan perbincangan untuk melihat kepada kemungkinan bagi meminjamkannya ke Sabah.

“Ya masih proses [perbincangan], pilihannya adalah [secara] pinjaman,” tutur Ketua Pegawai Operasi (COO), Sumardji bagi mengesahkan status Saddil Ramdani kini.

Dengan Liga 1 Indonesia yang masih tidak jelas bakal dilangsungkan buat tahun kedua berturut-turut akibat pandemik COVID-19, majoriti pemain-pemain dan kelab melihat kepada pilihan di luar terutamanya di Liga Malaysia atau Thai League.

Kurniawan pula mengkhabarkan yang segalanya kini hanya menanti keputusan akhir iaitu mengenai yuran yang perlu dibayar oleh Sabah untuk mendapatkannya.

Memetik katanya di SportDetik, “Ada syarat-syarat yang diletakkan oleh mereka [Bhayangkara FC], semuanya telah dipersetujui. Hanya satu perkara yang masih dibincangkan iaitu mengenai yuran pinjamannya. Itu yang masih dibincangkan.”

KREDIT FEATURED IMAGE: DETIK.com

Baca lagi artikel lain mengenai Saddil Ramdani dan Sabah FC:

Sabah Terlepas Saddil Ramdani Tetapi Sahkan Akan Tandatangan Dua Pemain Import

Dipanggil Saat Akhir, Saddil Ramdani Umpama ‘Perisik’ Sang Garuda

Indra Sjafri Minta Ada Semangat Kesukanan Berhubung Isu Pelepasan Saddil Ramdani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

One Comment

Leave a Reply