Hanya Dua Negara Jadi Pilihan Mesut Ozil Sekiranya Tinggalkan Arsenal

Mesut Ozil

Pemain tengah, Mesut Ozil yang bersedia meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan Januari ini atau musim panas nanti mengakui masih belum mahu mengumumkan persaraan tetapi sebaliknya beliau ingin berhijrah ke salah satu daripada dua negara pilihannya.

Ozil yang langsung tiada tempat dalam skuad kendalian Mikel Arteta itu hanya berminat untuk menyertai kelab gergasi bola sepak Turki, Fenerbahce dan juga mana-mana kelab saingan Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat.

Ia bagi menjawab pertanyaan peminat dalam sesi soal jawab di laman Twitter peribadinya di mana ada soalan yang bertanyakan adakah beliau akan terus bermain atau memikirkan untuk menggantung but sekiranya meninggalkan Arsenal.

”Sudah tentu [akan terus bermain]. Terdapat dua negara yang saya berminat untuk beraksi sebelum saya mengumumkan persaraan, iaitu Turki dan USA.”

”Sekiranya saya pergi ke Turki, saya hanya akan beraksi untuk Fenerbahce,” ujar Ozil menjawab pertanyaan tersebut.

”Saya membesar sebagai seorang penyokong Fenerbahce ketika saya masih kecil lagi di Jerman. Setiap orang yang berketurunan Jerman-Turki akan menyokong pasukan Turki apabila mereka membesar di Jerman dan saya memilih Fenerbahce.”

”Fenerbahce adalah sebuah pasukan seperti Real Madrid di Sepanyol. Kelab terbesar di negara tersebut.”

Laporan sebelum ini menyebut, pengendali Fenerbahce, Erol Bulut enggan mendedahkan perkembangan terkini mengenai Ozil dan kelab tersebut tetapi memberikan gambaran bahawa perkara itu akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

”Situasi melibatkan Mesut Ozil akan menjadi perkara yang jelas dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi,” ujar Erol Bulut menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Nama Mesut sering diperkatakan pada ketika ini. Tidak mungkin saya akan memberikan sebarang komen sebelum dia tiba di sini.”

Kredit featured image: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mesut Ozil:

Pengurus Fenerbahce Dedahkan Situasi Ozil Akan Jelas Dalam Beberapa Hari Lagi

DC United, Juventus Atau Fenerbahce Destinasi Pilihan Ozil?

Adakah Ozil Wajar Dianggap Legenda Arsenal Dan Dibina Tugunya Di Emirates?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN