Hanya Ada 2 Pemain Bukan Argentina Yang Messi Sendiri Minta Tukar Jersi

Berbeza dengan pemain lain, Lionel Messi tidak teruja untuk minta tukar jersi dengan pemain lain selepas perlawanan. Sejak dari hari pertamanya bergelar pemain profesional pada musim panas 2003, pemain bintang Barcelona dan Argentina ini sudah terbiasa menerima permintaan tukar jersi daripada pemain lain.

Biasanya Messi hanya akan minta tukar jersi jika menentang pemain Argentina dari pasukan lain. Perkara ini disahkan dalam satu temuramahnya dengan media Argentina, TyC Sport.

“Biasanya jika pasukan yang saya lawan ada pemain Argentina, saya akan tukar jersi dengan pemain tersebut. Itupun kalau tak ada pemain lain yang minta dahulu.

“Saya memang takkan minta tukar jersi dengan pemain lain. Saya hanya akan buat kalau ada pemain lain minta,” katanya.

Sepanjang kariernya sehingga kini, Messi hanya pernah melanggar peraturan diri sendirinya ini sebanyak DUA kali.

Pemain pertama – dan kami rasa ramai orang tahu – adalah Zinedine Zidane.

“Tapi saya pernah sekali minta jersi Zidane,” dedah Messi. Insiden tersebut berlaku ketika El Clasico 2005 – ketika Ronaldinho mempamerkan persembahan menakjubkan (menjaringkan dua gol) sehingga beliau diberi tepukan gemuruh dari penyokong Real Madrid sendiri.

Pemain kedua – yang peliknya – adalah Antonio Rudiger.

Fakta ini disahkan oleh Rudiger sendiri di laman sesawang rasmi Chelsea.

“Saya ada jersi Messi (yang saya dapat) selepas lawan Barcelona di Champions League beberapa tahun lepas.

“Saya mati-mati ingat dia tak nak jersi saya. Tapi Cesc [Fabregas] ada dekat dengan saya dan Messi ketika itu dan dia cakap ‘bagilah jersi awak kepada dia, dia nak jersi awak juga.”

Pada tahun 2017, kapten Barcelona ini pernah mendedahkan sebahagian koleksi jersi yang dikumpulnya di Instagram.
Jersi-jersi tersebut digantung di dinding dan ada yang diletakkan di lantai serta siling yang dilapik dengan kaca.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Antara jersi yang dianggap wajib milik bagi pemain legenda ini adalah Pablo Aimar. Ini kerana Aimar adalah idola Messi ketika masih kecil. Jersi lagenda lain yang turut berada dalam koleksi Messi adalah Thierry Henry, Phillip Lahm, Iker Casillas, Raul Gonzalez dan Pavel Nedved.

Namun satu perkaran yang menarik adalah ketiadaan jersi seteru utama beliau, Cristiano Ronaldo di dalam koleksi.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Messi Berkongsi Hobi Dan Kegilaan Beliau Sebagai Pengumpul Jersi Yang Fanatik

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply