Hanya 673 Orang Saksi Kemenangan Sulung Negeri Sembilan Di Paroi

Pasukan Negeri Sembilan akhirnya mencipta kemenangan pertama mereka dalam saingan Liga Premier musim 2020.

Kemenangan itu dicipta pada aksi ketiga Liga Premier berhadapan dengan pasukan UKM FC di halaman sendiri, di Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi.

Sebelum ini skuad Jang telah tewas dalam dua perlawanan pertama perlawanan Liga Premier mereka berhadapan dengan Kuala Lumpur dan JDT II, dengan kedua dua kekalahan dengan skor 1-3.

Selepas menghadapi kesukaran dalam dua perlawanan pertama mereka, akhirnya semalam, kemenangan pertama skuad Negeri Sembilan menjelma jua.

Negeri Sembilan cemerlang mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas UKMFC. Dua gol Negeri Sembilan adalah menerusi Igor Luiz pada separuh masa pertama. Serta satu lagi gol menerusi pemain baharu mereka, Nur Shamie pada separuh masa kedua.

Kemenangan yang sekaligus memberikan 3 mata kepada Negeri Sembilan untuk menlonjak naik ke tangga kesembilan dalam carta Liga Premier.

Namun begitu, kemenangan pasukan Negeri Sembilan itu hanyalah disaksikan seramai 673 orang penyokong sahaja yang hadir ke Paroi semalam.

Ianya satu rekod kehadiran yang kurang memuaskan untuk sebuah pasukan seperti Negeri Sembilan.

Diharap rekod kehadiran penyokong ini akan diperbaiki pada masa akan datang. Ini kerana Negeri Sembilan pastinya memerlukan sokongan yang gegak gempita di halaman sendiri.

Aksi seterusnya, Negeri Sembilan akan bertandang ke Pantai Timur bagi mengadapi pasukan Kelantan United.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply