Hanya 26,031 Tiket Perlawanan Menentang Thailand Sudah Terjual

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi mengesahkan hanya 26,031 keping tiket perlawanan diantara Malaysia dan Thailand terlah terjual.

Pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe akan turun beraksi dalam perlawanan keempat perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini.

Jumlah tersebut adalah hasil tiket yang terjual melalui kaedah secara atas talian.

26,031 Tiket Telah Terjual

Sejumlah 26,031 tiket perlawanan #AsianQualifiers Malaysia lwn Thailand, malam ini telah…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Wednesday, November 13, 2019

Berdasarkan kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil, jualan tiket setakat ini hanya merangkumi 25% tempat duduk stadium tersebut.

Lebih ramai penyokong dijangka hadir ke stadium lewat petang ini untuk mendapatkan tiket perlawanan masing-masing.

Menurut sumber daripada FAM, penjualan tiket fizikal di kaunter akan dimulakan pada jam 3:00 petang ini.

Info Tiket & Pintu Bagi Perlawanan Malaysia ?? lwn ?? Thailand Malam Ini

* Kaunter Jualan Tiket di Pintu A, B, C, D & E…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Wednesday, November 13, 2019

Semakan kami di www.tickethotline.com mendapati kuota jualan untuk atas talian sudah pun habis bagi membenarkan jualan tiket secara fizikal di kaunter.

Tiket perlawanan di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil boleh didapati bermula dari harga RM40 untuk tempat duduk terbuka, RM60 untuk grandstand, dan RM90 bagi tempat duduk premium.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram