Tips Melakukan Hantaran Tinggi Deras (Driven Pass) Berkualiti Ala Pirlo Dan Xabi Alonso

Dalam slot teknikal kali ini, kami berkongsi tips ringkas tentang driven pass ataupun hantaran tinggi yang berkualiti deras di dalam bola sepak. Berkualiti bermaksud, nilai hantaran itu kepada permainan sama ada kepada tempo, pertukaran arah permainan, ataupun ciptaan peluang serta lain-lain.

Pengurus lagenda Liverpool, Bill Shankly pernah berkata: “Bola sepak itu permainan yang mudah. Ia berasaskan memberi dan menerima hantaran, mengawal bola dan sentiasa buatkan diri anda bersedia menerima bola. Mudah sangat!”

Dalam kenyataan di atas, Shankly tidak menyebut langsung kelajuan larian seseorang pemain. Beliau menggunakan perkataan sentiasa bersedia untuk menerima hantaran, dan sedia menghantar bola.

Kata-kata ini diterjemahkan oleh lagenda bernama Pirlo ketika karier beliau. Membuatkan beliau berjaya menikmati karier terbaik di Juventus walaupun ramai melabel beliau sudah hilang taring.

Itulah sebab kenapa AC Milan melepaskan beliau secara percuma. Jom kita berkenalan dengan hantaran tinggi deras (driven pass). Hantaran yang juga sinonim dengan Xabi Alonso, Paul Scholes, Gerrard dan ramai lagi.

Mulakan dengan Hantaran pendek biasa (Push pass)

Ini adalah teknik hantaran yang biasa. Ia dilakukan dengan menggunakan sentuhan /contact yang dominan kaki dalam (inside foot).

Namun anda harus memahami asas dalam melakukan hantaran panjang ini. Pastikan anda bergerak menghampiri bola dan menetapkan sasaran. Bukannya ada 2-3 sasaran di dalam kepala anda.

Kenapa menetapkan sasaran ini penting? Ini kerana arah sasaran itu biasanya ditetapkan oleh kaki yang tidak menendang (non-kicking leg).

Pastikan anda menendang bola di permukaan tengah bukannya di bawah atau di atas. Permukaan bawah bola adalah untuk bola tinggi. Manakala jika anda menendang di bahagian atas, bola anda akan melantun-lantun.

Sebelum anda pergi ke teknik hantaran yang lebih kompleks, asas push pass ini sangat penting. Saksikan video di bawah ini:

Push pass ini penting untuk anda menguasai asas hantaran dari segi menentukan arah dan juga teknik yang betul dari peringkat asas.

Hantaran deras dengan kekura kaki (Laces Kick)

Baiklah, dalam perenggan ini kami akan menerangkan beberapa tips untuk melakukan hantaran deras ‘ sesedap rasa’ ini.

Ianya adalah aspek dalam hantaran tinggi. Konsepnya tetap sama dengan hantaran biasa. Cuma teknik dan kekuatan sepakan yang membezakannya.

Laces kick juga disebut instep drive. Ia adalah teknik hantaran tinggi yang paling kuat. Teknik ini penting untuk anda melakukan hantaran kunci dari belakang.

Ia juga disebut unlocking pass oleh beberapa pengulas kerana sifatnya yang terus memecahkan blok pertahanan daripada satu hantaran jauh. Sifatnya seperti killer pass, tetapi ianya dilakukan dengan hantaran tinggi.

Hantaran ini perlu dilakukan dengan kedudukan badan yang betul. Pastikan badan anda tidak terlalu ke hadapan ketika melakukan hantaran.

Semakin ke hadapan badan anda, semakin kurang kekuatan sepakan anda. Seterusnya, hayunan tangan adalah untuk mengimbangi badan anda.

Pastikan anda menyepak dengan kekura kaki anda.

Seterusnya, kedudukan badan anda sepatutnya disengetkan dalam kadar sekitar 45 darjah.

Seperti asas hantaran biasa, kaki yang tidak menendang adalah penunjuk arah ataupun kompas sepakan anda. Jadi, letakkan kompas itu sebaik-baiknya.

Paling penting, bahagian bola yang akan ditendang. Semakin ke bawah, semakin tinggi bola tersebut dihantar.

Untuk melakukan hantaran kunci yang juga disebut hantaran laser (laser pass) oleh pengulas Jerman, anda perlu ada visi permainan yang tinggi.

Anda boleh mengagak gerakan rakan anda di satu titik yang anda rasa boleh mencetuskan ancaman secara langsung.

Ia dilakukan dengan usaha untuk menghubungkan bola dengan pemain yang bergerak dengan kepantasan yang sebetulnya.

Salah satu kesilapan asas dalam melakukan hantaran ini adalah pemain tidak tahu apa tujuan dia menghantar bola ke situ. Itu yang akan menjadikan ia sebagai ‘long ball bodoh.’

Kesilapan seterusnya adalah, pemain tersepak menggunakan ibu jari kaki. Pastikan mata melihat sasaran yang hendak dituju.

Jadi, anda perlukan latihan individu dan berpasukan yang cukup untuk membentuk gandingan. Banyak pasukan hanya berlatih secara unit kecil dan tidak berlatih dalam in-game situation.

Ingat, driven pass adalah komponen hantaran tinggi berbeza dengan hantaran lambung (lofted pass) yang biasa. Ia lebih deras dan tajam (precisive).

Ia boleh digunakan untuk mempercepatkan gerakan serangan. Seterusnya untuk mencari rakan di sisi padang. Ia juga boleh mencetuskan ancaman terus di hadapan gol.

Rumusan

Driven passes adalah sangat penting di dalam permainan terutama sekali pada seorang perancang tengah dari bawah (deep lying playmaker) yang menjadi pivot di dalam sistem permainan.

Tidak semestinya sesebuah pasukan yang bermain hantaran rendah tidak perlu ada kualiti seperti ini. Pasukan seperti Barcelona sendiri ada pemain seperti Sergio Busquet untuk melakukan hantaran ini apabila perlu.

Paling penting anda perlu banyakkan latihan untuk mendapatkan teknik terbaik. Pemilihan kasut juga sangat penting dalam memastikan kualiti hantaran tinggi deras anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN