Hantaran ‘Lazat’ Persis Matt Davies, Kualiti Quentin Cheng Yang Perlu Dimanfaatkan

Quentin Cheng persis Matt Davies kelayakan Piala Asia B-23

“Macam hantaran lintang Matt Davies la,” Itu antara komen para penyokong Harimau Malaya selepas melihat hantaran Quentin Cheng membelah pertahanan Laos seterusnya membantu Malaysia merobek gawang lawan.

Kekuatan bek kanan, Quentin Cheng bukan hanya tertumpu kepada aspek bertahan, tetapi ketika pasukan dalam fasa menyerang, kualiti dimilikinya wajar dimanfaatkan sama ada oleh Malaysia ataupun Penang FC.

Dalam aksi berdepan Laos petang semalam, sebaik sahaja beliau dimasukkan beraksi di posisi bek sayap kanan selepas sejam aksi berlangsung, skuad negara yang dilihat gagal memecah kubu kental lawan akhirnya berjaya dirobeknya gara-gara hantaran lintangnya yang tepat menemui kaki rakan sepasukan di dalam kotak penalti.

Itu adalah rutin beliau ketika bersama Penang FC, jika beliau terlibat dalam fasa serangan pasukan dan beliau telah merekodkan lima assist sepanjang musim lalu – beliau merupakan di kalangan ‘top 10’ assist Liga Super.

Beliau juga, jika diberikan ruang, mampu meledak gol – jika pasukan dalam fasa menyerang. Beliau pernah membuktikannya bersama skuad B-23 dalam Sukan SEA 2019 dimana beliau berhasil meledak gol. Bersama Penang FC, beliau melakukannya dalam aksi persahabatan ketika mereka sedang menguji formasi 3-5-2.

Namun, skuad Harimau Kumbang tidak munggunakan formasi tersebut secara tetap. Ia sekadar sebagai sandaran jika perubahan perlu dilakukan dalam mana-mana perlawanan atau fasa perlawanan. Jadi, mungkin kekuatan Quentin Cheng akan terserlah jika diberikan ruang untuk terlibat dalam fasa serangan pasukan.

Dalam aksi semalam, pengendali, Brad Maloney meletakkan Azam Azmi Murad dalam kesebelasan utama di bek sayap kanan dan menggantikannya dengan Quentin Cheng pada minit ke-66. Dalam tempoh dua minit, beliau berhasil membuat assist kepada rakan sepasukan seterusnya merosakkan sistem pertahanan Laos.

Dan satu-satunya assist Quentin Cheng pada perlawanan itu telah dibandingkan dengan hantaran lintang bek kanan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan, Matt Davies – antara bek sisi yang memiliki kualiti hantaran lintang yang sangat baik dan kemas. Ironinya, mereka berdua adalah pemain kelahiran Australia!

Disamping menyerang dengan rekod 16 hantaran, satu assist dan satu percubaan, beliau turut menggagalkan serangan lawan dengan membuat enam hadangan dalam hanya 24 minit beliau diturunkan semalam.

Ia boleh dikatakan persembahan yang baik olehnya dalam aksi keduanya bersama skuad B-23 selepas sedikit kecewa dalam debutnya ketika Sukan SEA 2019. Dalam debutnya, beliau diturunkan di minit ke-70 selepas Malaysia telah ketinggalan 0-3 berdepan Kemboja – beliau berhasil meledak satu gol di minit ke-88.

Digunakan oleh pengendali Penang FC, Tomas Trucha dalam semua perlawanan musim ini, beliau dilihat semakin matang. Adakah beliau akan hanya menjadi sandaran ketika Malaysia dalam situasi seperti semalam, terdesak memerlukan hantaran ‘pembunuh’ atau beliau akan jadi pemain utama pula selepas ini?

Ia bergantung kepada formula yang mahu diterapkan oleh Brad Maloney. Jika dilihat di Penang FC, beliau mampu untuk turun beraksi sepanjang 90 minit – hanya empat kali beliau dikeluarkan awal, itupun di minit ke-82 dan ke atas dan beliau merekodkan 1959 minit permainan daripada 1980 yang sepatutnya dalam 22 aksi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN