Hansi Flick: Kerjasama Pasukan Kunci Kejayaan Bayern Raih Kejuaraan Treble

Hansi Flick Bayern Munich UCL

Sebelum menjadi Pengurus Bayern Munich, Hans-Dieter Flick bukanlah satu nama yang begitu dikenali dalam dunia bola sepak. Sebaik sahaja mengambil alih pasukan pada penghujung 2019, kebanyakan media mendakwa pasukan-pasukan lain tidak perlu lagi gentar kepada gergasi Jerman itu.

Tetapi pada awal pagi tadi, jurulatih berusia 55 tahun itu membuktikan segala telahan itu boleh dibakul sampahkan apabila membawa Bayern meraih kejuaraan ketiga mereka musim ini dengan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) di Lisbon.

Kejayaan tersebut dilengkapkan dengan kejuaraan Bundesliga dan DFB Pokal yang telah pun dimenangi sebelum ini di peringkat domestik.

“Saya sangat berbangga dengan pasukan ini. Apabila saya mula menjadi pengurus pada November, saya membaca tajuk berita: ‘Tidak perlu lagi takut atau hormat pada Bayern Munich’, tetapi lihatlah pasukan ini,” kata Flick dalam sidang media selepas perlawanan.

“Perkembangan pasukan ini sejak dari itu sangat luar biasa. Kami telah berusaha melakukan segalanya dengan semaksimum mungkin. Bukan mudah untuk menang tiga kejuaraan. Ia memerlukan kerja keras,” tambahnya lagi.

Flick menggantikan Niko Kovac yang dipecat pada November selepas pasukan itu tewas 5-1 kepada Eintracht Franfurt sehingga menyebabkan Bayern terkeluar dari kedudukan tiga pasukan teratas Bundesliga.

Namun bekas penolong jurulatih Jerman itu mengubah nasib Bayern dengan memperbaiki segala aspek kelemahan dan memandu pasukannya mengharungi tahun 2020 tanpa sebarang kekalahan dalam semua pertandingan.

Skuad The Bavarians itu mengekalkan rekod 30 perlawanan tanpa kalah selain menang 21 perlawanan berturut-turut walaupun terpaksa berehat selama dua bulan ekoran pandemik COVID-19.

Flick berjaya mengembalikan prestasi terbaik Thomas Muller dengan memberikan peranan ‘bebas’ di belakang penyerang utama, Robert Lewandowski dan mengukuhkan bahagian pertahanan dengan memberikan kepercayaan kepada Jerome Boateng untuk mengetuai barisan pertahanan.

Yang lebih utama adalah keberanian Flick mengubah peranan David Alaba untuk bergandingan bersama Boateng dan mencipta bintang baharu dengan meletakkan Alphonso Davies yang baru berusia 19 tahun di posisi pertahanan kiri.

“Kamu boleh lihat semasa musim sejuk, betapa kuatnya tekad pemain dalam pasukan ini, sesuatu yang sangat kamu sangat inginkan sebagai seorang jurulatih. Pasukan ini amat bersemangat dan kami mempunyai pemain-pemain yang berkeinginan tinggi untuk menang.

“Satu-satunya perkara yang kami ‘hilang’ adalah penyokong. Diharapkan pada masa akan datang kita akan kembali menikmati aksi bersama penyokong di stadium. Sukan ini sangat memerlukan mereka.”

Bayern Munich menjadi pasukan pertama yang menang semua perlawanan UCL pada musim ini bermula di peringkat kumpulan sehinggalah perlawanan akhir, termasuk rekod kemanangan besar 8-2 ke atas Barcelona di peringkat suku akhir tempoh hari.

“Pasukan ini sentiasa berusaha untuk berada di depan. Kamu boleh lihat bagaimana mereka beraksi sehingga minit ke-96 malam ini termasuk di bahagian pertahanan. Semangat berpasukan mereka sangat menakjubkan.

“Semua pemain berkembang dengan baik musim ini, sebab itulah mereka mampu memenangi tiga kejuaraan. Semua ini hanya akan berlaku sebagai satu pasukan.”

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN