Hampir Dapat Jadon Sancho, Solskjaer Nyalakan Semula Minat Kepada Jack Grealish?

Iklan

Jack Grealish Aston Villa 2020 Manchester United

Manchester United kembali menyalakan minat mereka kepada pemain tengah Aston Villa, Jack Grealish untuk mengukuhkan pasukan bagi saingan musim hadapan.

The Red Devils akan kembali ke saingan Champions League selepas menamatkan musim di kedudukan ke-3 Premier League dan melihatkan situasi itu, pengendalinya, Ole Gunnar Solskjaer merasakan mereka memerlukan tambahan pemain lagi.

Untuk kukuhkan skuad sedia ada

Solskjaer yakin walaupun Grealish mungkin tidak dijanjikan untuk diturunkan dalam setiap perlawanan, namun pemain berusia 24 tahun itu akan tetap berminat untuk menyertai mereka. Prospek bersama United telah lama bermain di mindanya.

Sejak beberapa minggu, Manchester United memilih untuk menyepikan diri selepas perpindahan Jadon Sancho dikhabarkan semakin hampir untuk direalisasikan. Nampaknya, atas faktor menambah pilihan pemain, namanya kembali disebut.

Perpindahan Sancho bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat walaupun terdapat sedikit percanggahan nilai perpindahan antara £10 – £15 juta. Namun, ianya semakin hampir menjadi realiti dan Solskjaer mahu beliau kembali ke England.

Kemasukkan Grealish ke Old Trafford dilihat tidak menggugat kedudukan sesiapa pun kerana beliau dianggap sebagai pemain tambahan dan dua pemain paling menyerlah, Bruno Fernandes dan Paul Pogba tetap masih dalam perancangan utama.

Bernilaikah Grealish?

Mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa Solskjaer masih berminat dengan ‘playmaker’ yang bertanda harga £80 juta itu? Bukankah ianya terlalu mahal?

Kapten dan merupakan pemain paling menyerlah buat Aston Villa musim 2019/20 itu telah menyumbang lapan gol dan enam bantuan gol dalam 36 penampilannya disamping telah membantu Villans untuk kekal bersaing di Premier League.

The Red Devils bakal melalui musim yang sibuk dan menambah pilihan berkualiti adalah keutamaan buat Solskjaer. Mana mungkin, saban minggu, beliau perlu menaruh harapan kepada gandingan yang sama, Fernandes dan Pogba di tengah?

Tetapi, satu faktor yang wajar juga dipertimbangkan menurut bekas pemain Aston Villa, Stephen Warnock adalah, adakah nilai £80 juta itu berbaloi? Adakah akan ada penyokong berminat untuk membeli jersinya? Bernilaikan Grealish?

‘Grealish tetap akan sertai United’

Begitupun, bekas rakan sepasukannya di Aston Villa, Shay Given, berkata kepada Stadium Astro, “Saya tidak pasti berapa nilai perpindahan yang akan terlibat, tetapi saya rasa dia (Grealish) sangat cocok untuk bermain bersama United.”

“Mereka memiliki beberapa pemain untuk posisi tersebut. Tetapi, jika mereka beraksi di Champions League, ia bermaksud akan melibatkan banyak perlawanan dan mereka memerlukan lebih ramai pemain untuk aksi yang lebih hebat.

“Mungkin Ole sedang memikirkan tentang membuat pusingan kesebelasan pasukan dan memasukkan Jack [Grealish] di dalamnya,” jelas Given lagi sambil menegaskan beliau yakin perpindahan Grealish akan dimuktamadkan juga.

Menepati nilai atau tidak nilai tersebut, kemasukkan pemain berkualiti dan masih muda seperti Grealish dapat membantu Manchester United musim hadapan. Penyertaan Jadon Sancho nanti akan membantu dari aspek penjualan jersi.

Penutup

Adakah The Red Devils masih perlukan Jack Grealish walaupun sudah mendapatkan Jadon Sancho? Jawapannya tetap, mereka mesti dapatkannya. Tetapi, kedua-dua kelab perlu menyelesaikan isu tanda harga sebenar pemain tersebut.

Walaubagaimanapun, Aston Villa masih kekal dengan pendirian mereka kepada tanda harga £80 juta untuk pemain tersebut dan memberi bayangan yang segala perbincangan perlu diselesaikan menjelang awal minggu bulan hadapan.

KREDIT FEATURED IMAGE: BIRMINGHAMLIVE

Baca lagi artikel mengenai Jack Grealish dan Manchester United:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram