Hamidin Dijangka Menang Percuma Dalam Perebutan Kerusi Presiden FAM

Walaupun kongres ke-54 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang akan menentukan Presiden baharu badan induk itu berlangsung pada 14 Julai ini, nama Datuk Hamidin Mohd Amin diramalkan bakal menang percuma tanpa menerima tentangan daripada calon lain.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah mengesyorkan kepada semua ahli gabungan supaya sebulat suara memberi ‘kemenangan percuma’ kepada Setiausaha Agung, Datuk Hamidin Mohd Amin selaku peneraju baharu badan induk itu.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas mengambil kira faktor Hamidin sebagai calon yang layak untuk menggantikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya mengenali Hamidin secara peribadi dan sudah tentu saya bersetuju menyatakan Hamidin sememangnya layak untuk menjadi presiden. Dengan pengalamannya yang luas selaku pentadbir, ini membuktikan beliau memiliki kemampuan untuk menjadi pemimpin.

“Malah hubungan baiknya dengan persatuan sukan dalam dan luar negara juga dilihat mampu meneruskan perancangan yang sudah disusun.

“Tunku Ismail sendiri yang mencalonkan namanya jadi sudah tentu beliau (Tunku Ismail) percaya dengan kredibilitinya.

“Justeru saya melihat lebih baik sekiranya tiada persaingan untuk merebut jawatan presiden pada kongres nanti.

“Exco perlu merealisasikan hasrat Tunku Ismail yang mahukan Hamidin supaya menjadi Presiden FAM yang baharu,” katanya.

Tunku Ismail menyifatkan Datuk Hamidin paling layak menerajui FAM.

Kelmarin, menerusi mesyuarat khas pertama Exco FAM bagi penggal 2017-2021, Hamidin dicalonkan sebagai presiden baharu susulan peletakan jawatan penyandangnya, Tunku Ismail pada 25 Mac lalu.

Minggu lalu, Tunku Ismail menyatakan pandangan baginda mengenai Datuk Hamidin adalah individu yang paling tepat menggantikan baginda selepas berkhidmat untuk FAM sekian lama.

Hamidin yang menyandang jawatan tugas Setiausaha Agung sejak 2013 di bawah teraju tiga presiden mengesahkan bersedia untuk merebut jawatan nombor satu itu selepas mendapat sokongan penuh Exco FAM.

FAM telah pun mengedarkan kertas pencalonan kepada 20 ahli gabungan untuk menamakan calon pilihan masing-masing bagi merebut ‘kerusi panas’ itu hingga pencalonan ditutup pada 11 Mei ini.

Exco FAM juga sebulat suara memutuskan untuk melantik Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi sebagai pemangku Presiden FAM berkuatkuasa serta merta sehingga kongress FAM yang akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN