Half Space, Satu Ruang Yang Semakin Diberikan Perhatian Di EPL!

Kerjasama Semuanya BOLA

Pemain yang bermain di poket half space akan lebih memberikan masalah taktikal kepada pasuka lawan dalam EPL musim ini.

Penulis Skysports, Adam Bate mencari dalil kenapa half-space telah menjadi ancaman utama serta isu yang sangat penting oleh tactician di EPL musim ini.

Kepada yang masih tidak tahu definisi half space, anda boleh baca artikel ini.

Apa Itu Half Space Dan Kenapa Ia Penting Kepada Taktikal Bola Sepak

Ruang dalam bola sepak

“Kira berbincang tentang ruang sepanjang masa. Ianya tentang mencipta ruang di ruang itu.” – Barry Hulshoff

Kepentingan ruang kadangkala tidak dipandang berat oleh jurulatih. Hulshoff dan rakannya Johan Cruyff ketika bermain di Ajax telah mengubah doktrin bola sepak era 1970-an.

Ajax telah menjadi pasukan yang bermain dengan ruang dan cuba mengelakkan pertarungan fizikal dengan pihak lawan.

Skil dan visi sangat penting untuk memastikan anda mendapat ruang di belakang pertahanan. Mencari dan mencipta ruang adalah kata kunci penting.

EPL dan half space

Musim ini, Antonio Conte telah berjaya menjadi pasukan yang sedang berada dalam proses untuk memenangi EPL.

Ianya selepas  Conte membebaskan Hazard dan Pedro ke ruang taktikal di half-space dalam 3-4-3.

Manchester City ada David Silva yang tidak lagi bermain di tengah-tengah seperti mana klasik no.10.

Beliau bergerak di half-space. Begitu juga dengan Phillipe Coutinho, Alexis Sanchez dan Henrik Mkhitaryan.

Kesemua pemain ini bergerak aktif di zon 14 di ruang half-space bukannya tengah apatah lagi sayap.

Memecahkan 4-4-2

4-4-2 adalah formasi standard pada awal era EPL. Arsene Wenger sendiri mengakui formasi ini paling efisien untuk menutup ruang.

Namun Arsenal menggunakan peranan no.10 untuk memecahkan 4-4-2 pasukan lawan. Sudah pastilah raja di zon 14, Dennis Bergkamp dan Thierry Henry sebagai kunci utama Arsenal.

Aktiviti taktikal Wengerball ini telah mendapat kredit daripada Sir Alex Ferguson. Fergie berkata:

“Arsenal bermain sangat baik menentang 4-4-2. Henry tidak bermain di kawasan tengah, tetapi dia pergi mencari ruang, Bergkamp turun sedikit ke bawah (drop off).”

“Henry memerlukan ruang untuk bermain. Jika anda berikan Henry ruang itu, dia akan hancurkan anda.”

“Jika anda tidak memberikan dia ruang, anda ada peluang untuk mengatasi mereka.”

Era pertama Jose Mourinho bersama Chelsea, beliau menggunakan Makelele sebagai pemain yang bebas bergerak dalam sistem segi tiga di tengah.

Mourinho tidak percayakan 4-4-2 tulen untuk menutup ruang yang dipanggil half-space itu. Beliau berkata:

“Tak mungkin 4-4-2 boleh melakukan perkara seperti ini.”

Era Guardiola

Inilah yang membawa kepada kebangkitan formasi moden 4-2-3-1. Ianya adalah usaha untuk mengurangkan pemain serangan utama.

Agar penyerang tunggal lebih bebas dan seorang lagi pemain bergerak di belakang penyerang utama. Mereka dipanggil no.10. Pemain yang kreatif dan lincah.

Mungkin anda perlu membaca artikel Menghurai Formasi Taktikal 4-2-3-1 Moden untuk memahami isi 4-2-3-1.

Pada hari ini kita kerap melihat pemain seperti Mesut Ozil akan turun di antara 2 garisan, berharap untuk memprovokoasi pemain pertahanan lawan keluar dari zon mereka.

Peranan Ozil ini digelar, perancang sayap-tengah ataupun central winger. Juga digelar wide playmaker. Baca artikel ini untuk memahami peranan Ozil.

Mengenali Peranan Pemain Sayap Tengah (Central Winger), Baka Moden No.10

Kenapa half-space?

Ini kerana zon di tengah biasanya lebih padat. Itu yang kami panggil zon padat ataupun tight area.

Banyak pasukan di EPL bermain dengan 2 pemain tengah pertahanan. 3-4-3 berjaya kerana pemain berada di kawasan lebih wide dan sukar dikawal.

Conte menukar formasi beliau dari 4-1-4-1/4-3-3 kepada 3-4-3 pada awalnya untuk stabiliti di bahagian pertahanan.

Seterusnya beliau mendapati formasi ini sangat bagus untuk beroperasi di half space. Inilah sebab Hazard kembali mengaum di EPL.

Hazard beroperasi di ruang di antara bek tengah dan bek sisi serta pemain tengah lawan.

Di City, Guardiola lebih gila dengan sistem bebas berlapan ataupun free eight. De Bruyne memberikan komen tentang sistem free eight ini:

“Matlamat kami adalah untuk bermain dari belakang dan mencari saya ataupun David. Ini membolehkan kita mewujudkan numerical advantages seperti 5 vs 4.”

Kami pernah jelaskan bagaimana Guardiola memiliki grid zon padang beliau sendiri. Dan tumpuan adalah di zon “halbraum” ataupun half spaces yang sangat panjang.

Lihat lampiran di bawah ini:

Anda boleh baca artikel Memahami Apa Itu Pembahagian 18 Zon Di Dalam Padang. Kami huraikan grid padang tersebut di dalam artikel tersebut.

Jika anda masih ingat, Jurgen Klopp pernah menyerahkan sehelai kertas kepada Daniel Sturridge ketika mereka buntu menentang Southampton pada Januari.

Apa yang dutulis di situ adalah, “half space for [Adam] Lallana and Coutinho”. Klopp mengarahkan 2 pemain itu untuk mencari ruang di half-space.

Ancaman half space

Jurgen Klopp pernah berkata:

“Tidak mudah untuk mempertahankan zon itu (half-space).”

Inilah antara sebab Guardiola mencipta false fullback kerana beliau mahu menjaga ruang half-space tersebut.

Anda boleh baca dalam analisis kami tentang perlawanan pertama EPL Guardiola di sini.

Guardiola pernah melabel peranan ini sebagai “hals-space libeiro”

Inilah sebab Klopp lebih memilih Milner sebagai bek sisi. Pemain bek sisi yang progresif dan boleh beraksi di kawasan lebih ke dalam (narrowed) adalah penting.

“Pemain bek sisi hari ini lebih kepada unit pemain tengah.”

“Mereka harus bermain di half-space, mereka juga harus bermain di garisan tinggi. Mereka ibarat pemain sayap dan juga pemain tengah.” – Jurgen Klopp

Klopp juga menggariskan kepentingan bek sisi untuk tahu cara bertahan di half-space dan di garisan tinggi (counterpressing).

Kesimpulan

Juan Mata antara peminat Johan Cruyff dan melabel lagenda itu sebagai genius ketika mencari ruang dengan bola di kaki beliau.

Kehebatan pemain secara teknikal juga penting. Pemain seperti Hazard dan kefahaman taktikal yang ada pada Milner membuatkan mereka menjadi keutamaan di dalam kesebelasan utama.

Namun, ada masanya pemain seperti Hazard akan bermasalah kerana half-space dikawal baik oleh pemain pertahanan.

Jika Conte sudah mendapat formula berkesan dengan Hazard. Klopp dan Guardiola pula masih tercari-cari formula mereka.

Di liga Malaysia pula, Tan Cheng Hoe mengarahkan Baddrol Bakhtiar beroperasi di Half-space dan hasilnya agak lumayan setakat ini.

Ini kerana, sukar untuk pertahanan untuk mengawal . Ramai jurulatih  Sama ada ia tugas bek tengah atau bek sisi.

Baca juga: Zonal Marking Intensif Tinggi Dalam Futsal, Bagaimana Ia Berfungsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram