Hatrik Nor Hakim Hassan Bantu T-Team Tewaskan Kedah 5-0

Nor Hakim Hassan ada malam untuk diingati selepas  menjaringkan hatrik dan membantu T-Team menewaskan pasukan Kedah di Terengganu.

Separuh masa pertama

Kedah turun dalam perlawanan ini tanpa 2 tonggak utama iaitu, Ken Ilso dan Liridon Krasniqi.

T- Team mendahului Kedah pada minit ke-10 menerusi Dilshood. Ianya selepas Zac Anderson tergelincir ketika cuba mengeluarkan bola dari dalam kotak penalti.

Dilshood tenang mengawal bola dengan dada dan melepaskan cubaan deras.

Pada minit ke-21, Khairul Helmi hampir menyamakan kedudukan menerusi sentuhan pertama jarak dekat depan gol.

Pada minit ke-30, Rizal Ghazali dilayangkan kad merah terus selepas menumbuk kepala Fakhrurazi Musa. Ianya tindak balas selepas pemain T-Team tersebut melakukan terjahan keras (stamping challenge) ke atas kaki Rizal.

Perlawanan terhenti sekitar 5 minit selepas beberapa pemain Kedah kelihatan melakukan protes. Bersambung permainan, Sandro hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-36.

Serangan balas T-Team tak sampai seminit selepas itu hampir disudahkan oleh Dilshood.

T-Team datang lagi dan menambah jaringan pada minit ke-37 dan Nor Hakim Hassan.

foto: T Team FC

Minit ke-43, Syazwan Zainon ada peluang terhidang namun voli Syazwan Zainon melambung tinggi. Sandro turut melakukan cubaan bahaya pada masa kecederaan.

Ketika Kedah cuba sedaya upaya mencari gol pertama, Samassa menjaringkan gol ke-3 sebelum wisel penamat.

Separuh masa pertama berakhir dengan 3-0.

Separuh masa kedua

Bersambung separuh masa kedua. Perlawanan dikuasai pasukan Kedah. Tan Cheng Hoe menggunakan sistem bek bertiga.

Sekali lagi T-Team menghukum Kedah dengan jaringan menerusi Nor Hakim pada mini ke-60.

Minit ke-64, Nor Hakim Hassan melengkapkan hatrik beliau. Ia selepas Nor Hakim melepasi garisan pertahanan Kedah dan menewaskan Ifwat dengan chip menarik.

Tiada tambahan jaringan dari kedua-dua pasukan selepas itu.  T-Team menang 5-0 dan berjaya mendapat 3 mata berharga.

Ia sekaligus menjadi kekalahan pertama Kedah dalam Liga Super musim ini. Satu fakta yang menarik adalah T-Team adalah pasukan pertama menewaskan Kedah selepas 23 perlawanan semua pertandingan.

T-Team juga pasukan terakhir sebelum ini yang menewaskan Kedah dalam saingan Piala Malaysia, Ogos 2016.

Dalam Liga Super, Kedah rekod tanpa kalah 15 perlawanan Kedah juga berakhir. Ini kali pertama Kedah gagal menang dalam 2 perlawanan liga berturut-turut selepas Julai 2016.

Misi Kedah adalah untuk kembalikan rentak kemenangan untuk terus bersaing dalam kejuaraan Liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN