Hakan Calhanoglu ‘Rentas Daerah’, Sertai Inter Dari AC Milan

hakan calhanoglu

Wah! Sungguh berani pemain ini.

Pemain kebangsaan Turki, Hakan Calhanoglu melakukan perpindahan kontroversi apabila beliau merentas sempadan apabila menyertai Inter Milan dari AC Milan.

Perpindahan tersebut berlaku selepas kontrak pemain itu bersama-sama Milan tamat, lalu Calhanoglu berpindah ke Inter secara percuma.

Menurut laporan ESPN, situasi ini berlaku selepas Milan gagal untuk mencari kata sepakat bersama-sama Calhanoglu untuk kontrak baharu.

Dan ini telah menyebabkan tiada kontrak baharu ditandatangani sekaligus melepaskan Calhanoglu dari kelab tersebut.

Pemain tengah tersebut bersetuju untuk bersama-sama Inter sehingga 2024.

Bercakap kepada media pasukan, Calhanoglu memasang impian untuk mempertahan gelaran Serie A yang dimenangi mereka musim ini.

“Kami mahu memenangi gelaran Scudetto sekali lagi, sama seperti musim ini.”

“Permainan saya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Saya rasa saya telah beraksi dengan baik musim lalu di bawah kendalian Stefano Pioli.”

“Saya beraksi di posisi yang saya gemar, dan saya mahu melakukan yang sama sekali lagi musim ini [musim hadapan].”

Perpindahan ini jelas sekali bakal menambah lagi sengat dan bara kepada permusuhan antara dua pasukan ini kerana pengaruh yang dibawa Calhanoglu.

Untuk rekod, persembahan cemerlang pemain Turki tersebut berjaya membantu Milan untuk kembali ke saingan UEFA Champions League untu kali pertama sejak 2014.

Dengan penyertaan Calhanoglu ke Inter, beliau telah mengikut jejak langkah pemain-pemain seperti Zlatan Ibrahimovic serta Ronaldo yang pernah beraksi bersama kedua-dua pasukan.

Calhanoglu mengharungi kempen Euro 2020 yang sukar bersama-sama Turki. Beliau hanya merakamkan satu bantuan gol sambil mereka menamatkan saingan kumpulan A ditangga tercorot.

Baca juga artikel terkini kami:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

5 Perkara Dari Kekalahan JDT Kepada Nagoya Grampus

Goran Pandev: Berakhirnya Langkah Panglima ‘Alexander The Great’ Bersama Mecedonia Utara

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply