Hakan Calhanoglu Digantung 4 Bulan Kerana Melanggar Kontrak

Pemain tengah Bayer Leverkusen Hakan Calhanoglu digantung 4 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan ataupun Court of Arbitration for Sport (CAS) kerana melanggar kontrak.

Hal itu selepas pihak FIFA mengesahkan salah laku oleh Hakan Calhanoglu. Pemain berusia 22 tahun ini juga perlu membayar pampasan €100,000 kepada kelab Turki Trabzonspor.

Ini kerana Hakan Calhanoglu telah menandatangani kontrak dan bersetuju untuk bermain kelab tersebut sebelum ini.

Namun beliau mengkhianati kontrak tersebut dan pergi ke kelab lain selepas keluar daripada akademi Karlsruher.

CAS turut mengesahkan mereka masih menunggu respon daripada pihak Hakan Calhanoglu, sama ada pemain itu mahu melakukan rayuan.

Calhanoglu dijangka akan terlepas Leverkusen Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid dan baki sepanjang musim Bundesliga.

Calhanoglu digantung untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia pasukan Turki di tempat sendiri menentang Finland pada 24 Mac.

Pengarah Sukan Bayer Leverkusen Rudi Voller dalam satu kenyataan media berkata:

“Ia adalah satu tamparan yang hebat bukan sahaja untuk Hakan, malah juga bagi kami,”

“Walaupun Bayer Leverkusen tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan peristiwa-peristiwa pada tahun 2011 itu, tetapi kini kami yang sedang dihukum berat.”

“Sekarang kita kehilangan seorang pemain yang sangat penting dalam pasukan ini untuk baki saingan bola sepak musim ini.”

“Kami sangat kecewa dengan perkara ini. Namun kami tidak ada kaitan dengannya dan tidak boleh berbuat apa-apa tentangnya.”

Leverkusen tidak terlibat dalam pelanggaran Calhanoglu. Perlanggaran kontrak ini berlaku apabila Hakan Calhanoglu di Karlsruher pada tahun 2011.

Calhanoglu adalah seorang pemain belia Karlsruher. Karlsruher telah menerima bayaran €100,000 daripada Trabzonspor.

Kelab Turki tersebut telah membuat aduan kepada FIFA pada April 2013. Calhanoglu ketika itu bermain untuk Hamburg selepas meninggalkan Karlsruher dan menolak untuk ke Trabzonspor.

Kedua-dua pihak Hakan Calhanoglu dan Trabzonspor turut mencabar penghakiman FIFA sebelum ini, membuatkan kes ini berlarutan lama.

Trabzonspor mungkin akan mendapat pampasan tambahan €1 juta daripada Karlsruher.  Namun Trabzonspor mahukan pampasan lebih tinggi.

Baca: Frank Lampard Bersara, Berakhirnya Karier Pemain Tengah Paling Prolifik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN