Hai-O: Saya Sasarkan Luqman Hakim Atau Arif Aiman Untuk ‘Safawi Rasid’

luqman hakim arif aiman malaysia hairuddin omar

Jika boleh, bekas pemain Harimau Malaya, Hairuddin Omar mahu lihat Luqman Hakim atau Arif Aiman diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan berdepan Vietnam.

Luqman Hakim setakat ini telah membuat dua penampilan – kedua-duanya sebagai pemain gantian. Dan melihatkan prestasi Safawi Rasid agak kurang menjadi dalam dua perlawanan sebelum ini, Hairuddin Omar mahu melihat perubahan di posisi itu.

Penyerang berusia 19 tahun itu mampu menghadirkan impak berbeza berdasarkan apa yang dipamerkannya ketika masuk menggantikan rakan lain. Masih muda, tetapi dengan ketidak tentuan prestasi Safawi Rasid, tidak salah untuk mencubanya.

Sebagaimana yang ditekankan oleh pengendali Sri Pahang FC yang juga merupakan bekas pengendali skuad kebangsaan, Dollah Salleh. Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh harus dipisahkan. Mereka bermain posisi yang sama, Inside Forward kanan.

Jika mahukan yang terbaik, bukanlah dengan membuat rotasi posisi di antara mereka ketika perlawanan, tetapi pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe harus memilih salah seorang daripada mereka untuk diturunkan dalam satu-satu perlawanan.

Jadi, ini meninggalkan posisi Inside Foward di sebelah kiri akan kosong dan ini yang perlu direbut dikalangan pemain lain. Dan mungkin inilah yang dimahukan oleh Hairuddin Omar, Luqman Hakim harus berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Ujarnya yang mesra disapa Hai-O kepada Astro Arena, “Saya mahu melihat Sumareh untuk lebih berkesan di sayap [kanan]. Di bahagian kiri saya mensasarkan sama ada Luqman atau [Arif] Aiman yang mungkin lebih laju bagi bantu bahagian serangan.”

Baginya, menentang Vietnam, Harimau Malaya perlukan permainan yang lebih cepat ke bahagian depan. “Kita harap Brendan Gan yang akan dimasukkan kembali bersama Azam [Azih] untuk mencatur di bahagian tengah,” tambahnya tentang percaturannya.

Bagi Dollah Salleh yang ditemuramah Astro Arena, “Kita tahu corak permainan Safawi. Apabila bergerak dari sebelah kanan, dia menggelecek atau melakukan percubaan tapi di sebelah kiri dia tidak dapat buat apa yang dibuatnya selama ini [di sebelah kanan].”

“Begitu juga dengan Sumareh, dia mampu beraksi cemerlang di sebelah kanan tapi jika ke sebelah kiri, saya sudah tidak jumpa dia lagi,” jelasnya yang sangat mengenali permainan Sumareh, yang dibawanya sejak membimbing PDRM pada 2013.

Sebagaimana yang pernah dibincangkan oleh Semuanya BOLA pada 2019, salah seorang daripada mereka perlu dikorbankan. Untuk ketika ini, siapa yang lebih cergas untuk bermain harus diberi keutamaan untuk menggerakkan jentera di sebelah kanan.

Melihatkan minit permainan di liga musim ini antara Sumareh dan juga Safawi Rasid, sebenarnya Sumareh yang lebih kekurangan apabila hanya bermain 95 daripada 1170 minit yang sepatutnya. Itu hanya 8 peratus daripada minit permainan yang patut diraih.

Mungkin untuk itu, Cheng Hoe perlu melihat siapa yang sepatutnya berada di posisi penyerang di sebelah kanan itu. Jika kedua-dua pemain tidak memuaskan dari segi tahap kecergasan, pemain lain seperti Arif Aiman mungkin boleh dipertaruhkan.

Jadi, sama ada Luqman Hakim yang menunjukkan kesungguhan untuk bermain atau Arif Aiman yang memiliki minit permainan yang banyak di saingan liga perlu diletakkan sebagai penyerang sebelah kiri dan kanan skuad Harimau Malaya berdepan Vietnam.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim, Arif Aiman dan skuad kebangsaan:

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan (Mac 2021) PFAM-ASIANA.MY Milik Arif Aiman

Cheng Hoe: Luqman Hakim Pemain Berpotesi Besar Untuk Skuad Kebangsaan

Akmal Rizal, Hai-O Mahu Syafiq Ahmad Sebagai ‘Pembantu’ De Paula

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN