Hafizul Hakim Selesai Jalani Pembedahan Lasik

Hafizul Hakim

Penjaga gol utama Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang sebelum ini mengalami masalah silau mata, mengambil inisiatif dengan menjalani pembedahan lasik di Ipoh baru-baru ini.

Mengulas mengenai pembedahan tersebut, Hafizul Hakim mendedahkan rabun bukanlah menjadi punca kepada keputusan yang diambilnya itu.

”Sebenarnya saya tidak rabun. Cuma disebabkan saya memakai cermin mata, ramai yang beranggapan saya rabun. Yang saya alami hanyalah masalah silau mata yang tinggi, tiada masalah rabun.”

”Selama ini saya memakai cermin mata adalah untuk menghalang cahaya secara terus ke mata saya, terutamanya ketika memandu kereta pada waktu malam. Rabun memang saya tiada masalah dan ia turut dinyatakan oleh laporan daripada doktor.”

Hafizul turut menegaskan bahawa masalah silau yang dihadapinya langsung tidak menganggu prestasi beliau ketika mengawal gawang Perak sebelum ini.

Kredit foto: Perak TBG

”Masalah ini memang tak menganggu prestasi saya. Sekiranya saya bukan pemain bola sepak pun saya akan tetap membuat pembedahan lasik ini.”

”Cumanya sebelum ini saya terikat dengan jadual liga dan skuad kebangsaan, jadi sekarang baru saya mempunyai masa yang betul-betul sesuai.”

”Melihatkan kepada keadaan mata selepas [pembedahan] lasik, ada yang mengatakan akan mengambil masa sebulan, ada juga sehingga tiga empat bulan. Jadi, saya sekarang memang fokus untuk proses pemulihan.”

”InsyaAllah saya berharap selepas rawatan ini, sedikit sebanyak ia akan membantu saya untuk beraksi dengan lebih baik dan bertambah baik pada masa akan datang.”

Kredit foto: Nge Pro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram