Hadir Dengan Reputasi ‘Kuda Hitam’, Apa Sudah Jadi Dengan Turki Di Euro 2020?

Turki Euro 2020

Sebelum kejohanan Euro 2020 bermula, banyak pihak yang menjangkakan Turki bakal menjadi salah sebuah pasukan ‘kuda hitam’ yang bakal membuat kejutan.

Prestasi skuad kendalian Senol Gunes itu semasa pusingan kelayakan cukup memberangsangkan termasuk kejayaan menewaskan juara dunia Perancis dan layak secara automatik selepas menamatkan saingan di tangga kedua kumpulan H.

Rekod terburuk

Selepas tiga perlawanan, mereka pulang awal dengan rekod yang cukup melakukan selepas tersenarai sebagai salah sebuah pasukan dengan rekod terburuk dalam sejarah kejohanan.

Kekalahan 3-1 kepada Switzerland di Baku melangkapkan kempen mengecewakan Turki selepas turut tewas 3-0 kepada Itali dalam aksi pembukaan dan kemudian tumbang 2-0 kepada Wales.

Turki menyertai 10 pasukan lain yang gagal mengutip sebarang mata dalam sejarah penganjuran kejuaraan Eropah. Dengan hanya satu gol dan lapan bolos, statistik perbezaan gol (-7) itu meletakkan mereka sebagai pasukan kelima paling buruk selepas Denmark (2000: -8), Bulgaria (2004: -8), Rupublik Ireland (2012: -8) dan Yugoslavia (1984: -8).

Barisan pemain Turki untuk kejohanan kali ini dianggap antara yang terbaik dalam sejarah mereka berdasarkan prestasi mereka di peringkat kelab masing-masing.

Caglar Soyuncu, Merih Demiral, Ozan Kabak, Zaki Celik, Kaan Ayhan, Mert Muldur, Yusuf Yazici, Okay Yakuslu, Orkun Kokcu, Hakan Calhanoglu, Burak Yilmaz, Cengiz Under, Enes Unal dan Kenan Karaman adalah nama-nama beraksi di luar Turki bersama kelab-kelab ternama Eropah.

Namun mereka mungkin terkesan dengan ketiadaan penjaring terbanyak semasa pusingan kelayaan, Cenk Tosun yang mengalami kecederaan jangka panjang.

Belajar dari kegagagalan

Selaku ketua jurulatih, Gunes mengaku beliau bertanggungjawab dengan prestasi buruk pasukannya, tetapi turut meletakkan kesilapan individu pemainnya sebagai salah satu faktor kepada keputusan perlawanan.

“Sebelum kejohanan, kami dijangkakan mampu beraksi dengan baik, dan sekarang kami dikritik dengan begitu teruk sekali,” ujar jurulatih berusia 69 tahun itu.

“Buat masa ini saya belum fikirkan mengenai perletakan jawatan. Semua pihak harus ‘membayar’ kegagalan ini, media, piha penguusan dan barisan kejurulatihan juga.

“Skuad muda ini mungkin akan menjadi lebih baik untuk tempoh 10 tahun akan datang untuk bola sepak Turki, tetapi kami akui persembahan buruk dalam kejohanan ini tidak boleh diterima.”

Mungkin disebabkan jangkaan yang terlalu tinggi membuatkan pemain-pemain Turki gagal menyerap tekanan beraksi di pentas berprestij seperti Euro dan sekaligus membuatkan mereka begitu ‘merendah diri’ apabila berdepan pasukan-pasukan lain.

Diharapkan dengan barisan pemain muda yang dimiliki, mereka dapat menjadikan pengalaman dan kegagalan kali ini untuk bangkit menjadi pasukan yang lebih baik pada masa akan datang.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Euro 2020:

[VIDEO]: Cristiano Ronaldo Berlari Sepantas 32KM/J Untuk Gol Pertama Portugal

Diajar Jerman Tanpa Ampun, Portugal Hasilkan 3 Rekod Mengaibkan Euro 2020 Sekaligus

Bermain ‘Seperti De Paula’, Harry Kane Dikritik Selepas 2 Perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN