Hadi Fayyadh Masih Menantikan Keputusan Roasso Kumamoto

Minggu lalu, juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat pengumuman mengejut mengenai penamatan kontrak penyerang skuad itu, Hadi Fayyadh untuk memberi peluang kepadanya mencari haluan baru.

Hadi ketika ditanya oleh wartawan astro arena mengakui sedih dan pasrah dengan keputusan penamatan kontrak itu. Beliau kini berstatus ‘bebas’ dan sudah boleh merancang untuk mencari pasukan baharu musim depan.

“Sejujurnya, saya berasa sangat sedih.

“Perasaan sedih memang ada tetapi saya masih muda dan harus mencari pengalaman baru. Ini lumrah kehidupan. Jika ada peluang lebih baik, saya harus pergi.

“Saya mahu memajukan diri dan cuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Hadi Fayyadh adalah antara pemain termuda yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad bawah 23 tahun. (Gambar: FAM)

Walaubagaimanapun, Hadi masih menantikan keputusan kelab divisyen dua Jepun, Roasso Kumamoto, selepas menjalani sesi pemilihan selama enam hari, bulan lalu.

Sesi pemilihan itu diaturkan oleh Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada berdasarkan persembahan memberangsangkan yang diperagakan Hadi pada aksi Piala Sanix, Mac lalu sehingga berjaya menarik minat pasukan terbabit.

Sekiranya terpilih untuk bersama Roasso Kumamoto, Hadi Fayyadh dijangka akan didaftarkan sebagai pemain tempatan dan bukan sebagai pemain import.

Kenangan menjaringkan gol untuk skuad JDT II. Gambar: JOHOR Souther Tigers

Ini adalah kerana J.League telah mengiktiraf pemain-pemain dari negara-negara yang mempunyai kerjasama 2 hala – J.League Nations Partner, tidak akan didaftarkan sebagai pemain import.

Walaupun kini bergelar pemain yang tidak mempunyai pasukan ketika kejohanan bawah 19 tahun hanya berbaki sebulan, barisan kejurulatihan skuad B-19 sedang mengaturkan sesi latihan khusus buat dirinya serta rakan sepasukan lain.

“Buat masa ini, pihak pengurusan sudah menyediakan program untuk kami. Ada juga pemain lain yang tidak mempunyai pasukan tetapi jadual sudah disediakan.

“Jadi, ia tidak menjadi masalah dalam usaha untuk mengekalkan kecergasan,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN