Haaland, Sancho Cipta Rekod Bundesliga Bersama Dortmund

Dua pemain remaja Borussia Dortmund, Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland telah merekodkan sejarah masing-masing selepas membantu pasukan mereka menang mudah ke atas Union Berlin.

Pemain England, Sancho menjadi remaja pertama menjaringkan 25 gol di Bundesliga selepas bola rembatan beliau terbias sebelum menerjah jaring.

Pemain Norway, Haaland pula menjadi pemain pertama yang menghasilkan tujuh gol dari tiga perlawanan pertama di Bundesliga.

Haaland menolak mudah bola untuk menjadikan kedudukan 2-0, senelum merembat deras jaringan kelima Dortmund.

Pemain berusia 19 tahun itu yang tiba dari Red Bull Salzburg telah menjaringkan lima gol dari dua penampilan di Jerman, kedua-duanya sebagai pemain gantian.

Kali ini Haaland diberikan peluang untuk membarisi kesebelasan utama.

Lebih menarik, Haaland kini sudah tersenarai sebagai 10 penjaring gol terbanyak di Bundesliga, walaupun hakikatnya hanya telah beraksi selama 136 minit.

Semua tujuh percubaan tepat sepanjang tempoh itu turut menghasilkan jaringan buat Haaland.

“Ia agak sukar pada hari ini, tetapi saya gembira kerana beraksi dari permulaan,” ujar Haaland

“Saya perlu menjadi lebih cergas. Saya masih belum 100%..”

Marco Reus menjaringkan satu gol dari sepakan penalti pada minit ke-68 perlawanan yang turut diperolehi oleh Haaland, dan diikuti oleh jarngan Alex Witsel selang dua minit selepas itu hasil hantaran Jadon Sancho.

Kemenangan ini bermakna Dortmund terus memberi tekanan kepada Bayern Munich dan Red Bull Liepzig yang berada di kedudukan teratas dan kedua Bundesliga.

Dortmund kini hanya dipisahkan dengan tiga mata selepas 20 perlawanan oleh Bayern.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram