Raphael Guerreiro: Jadon Sancho Boleh Jadi Sehebat Cristiano Ronaldo

Kerjasama Semuanya BOLA

Jadon Sancho

Bek kiri Borussia Dortmund, Raphael Guerreiro menegaskan bahawa rakan sepasukannya, Jadon Sancho yang begitu diingini Manchester United mempunyai potensi cerah untuk menjadi sehebat bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Ketika Manchester United dilihat begitu berminat untuk mendapatkan khidmat Sancho, Borussia Dortmund bagaimanapun berkeras tidak mahu melepaskan pemain sayap berusia 20 tahun itu.

Meninggalkan Manchester City pada 31 Ogos 2017 untuk menyertai Dortmund nyata menjadi langkah tepat buat Sancho apabila beliau menikmati peningkatan prestasi yang cukup ketara sehingga beliau mampu menjadi tonggak utama kelab gergasi Jerman tersebut.

Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah beliau telah mencuri tumpuan beberapa kelab ternama di Eropah dan sudah mendapat tempat di hati pengurus England, Gareth Southgate.

”Jadon masih terlalu muda, tetapi dia sudah memainkan peranan yang luar biasa buat kami pada dua tahun kebelakangan ini,” ujar Guerreiro menurut laporan Goal.

”Dia memiliki kelebihan dalam membuat perbezaan, dengan hantaran, gelecekan atau jaringan yang dihasikannya.”

”Cristiano merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia dan untuk menjadi sehebatnya, Jadon perlu melakukan banyak kerja, terlalu banyak.”

”Dia mempunyai segalanya yang anda perlukan, untuk menjadi sehebat Cristiano, mungkin lebih baik pada satu masa nanti,” tambah pemain skuad kebangsaan Portugal itu lagi.

Mula beraksi bersama skuad utama Borussia Dortmund pada musim 2017/18, Sancho telah membuat 100 penampilan dan berjaya menjaringkan 35 gol serta mencatatkan 44 bantuan jaringan dalam semua pertandingan yang disertai.

Kredit featured image: Alexandre Simoes/Borussia Dortmund via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jadon Sancho:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram