Previu EPL: Guardiola vs Klopp Sajikan Menu ‘Counterpressing & Attack Football’

Malam ini adalah perlawanan tumpuan EPL pada minggu ini melibatkan Manchester City dan Liverpool. Pertarungan di antara Guardiola dan Klopp yang memegang falsafah bola sepak counterpressing dan menyerang.

Manchester City telah membelanjakan lebih £200 juta untuk memperkuatkan benteng pertahanan. Liverpool pula tidak ada pembelian signifikan di barisan belakang selepas gagal mendapatkan Van Dijk.

Hanya Andrew Robertson yang dibeli atas kapasiti prospek. Sedangkan pasukan Liverpool antara pasukan 6 teratas yang sangat bermasalah dengan pertahanan pada musim lalu.

Manchester City ‘ultra offensive’

Salah satu pendekatan yang digemari Pep Guardiola adalah sistem serangan dengan unit pemain yang sangat ramai. Beliau menggunakan sistem bebas berenam ataupun bebas berlapan.

Secara asasnya serangan mereka bergantung kepada kemampuan pemain mengisi sesuatu platform penting ketika rakan mereka bermain di platform yang baru ataupun peranan yang lain.

Apa yang kita boleh jangka adalah, mereka cuma ada 3 atau 4 pemain sahaja yang rigidal. Yang lain adalah bebas.

Pep Guardiola juga mungkin akan menggandingkan Gabriel Jesus dan Aguero sekali lagi di barisan serangan.

Baca juga: EPL 2017/18: Guardiola Mahu Pastikan Taktikal ‘Free Eight’ Menjadi Di Manchester City

City ada sumber kreativiti yang luar biasa di tengah. Mereka masih menambah sumber kreativiti itu dengan membawa masuk Bernardo Silva.

2 pemain mereka, David Silva dan Kevin De Bruyne berada dalam 5 teratas pemain yang paling banyak mencipta peluan setakat ini pada musim 2017/18.

Semua kita tahu, Liverpool tidak ada pemain tengah pertahanan yang sangat lasak. Mereka menggunakan pemain no.4 tulen, Jordan Henderson untuk bermain peranan no.6.

Fast and furious football

Penulis indepependent yang terkenal, Miguel Delaney menganggap pertarungan ini sebagai pertarungan ‘need for speed’.

Bagi pasukan Liverpool, ia mengingatkan kita kepada pendekatan fast and furious football Chile di bawah Bielsa satu ketika dahulu.

Pemenang pemain terbaik bulanan EPL, Sadio Mane dan Mo Salah memilih kepantasan yang sangat luar biasa di kawasan sayap. Klopp juga memiliki unit tengah yang bertenaga seperti Emre Can dan juga Wijnaldum.

Dari segi formasi Klopp masih bergantung kepad sistem 4-3-3 dengan pendekatan pertukaran posisi di antara 5 pemain di bahagian atas.

Baca juga: Klopp Sedang Membangunkan Sistem Bebas Berlima Yang Laju?

Roberto Firmino sentiasa menjadi pusat utama permainan kombinasi Liverpool di bahagian atas. Pemain serangan defensif ini mungkin antara penyerang yang ‘underrated’ di dalam EPL.

Satu lagi persoalan yang menarik adalah, adakah Alex Oxlade Chamberlain akan melakukan debut pada malam ini? Debut pertama beliau bersama Arsenal adalah di bandar Manchester, namun ketika itu menentang Manchester United. Arsenal tewas 8-2

Siapa akan menang?

Guardiola pasttinya mahu memperbaiki rekod pertemuan City dengan Liverpool. Dalam 6 perlawanan terakhir, Manchester City tidak pernah menang untuk tempoh 90 minit. 2 seri dan 4 kalah di tangan Liverpool.

City hanya meraikan kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Liga 2016 menerusi penentuan penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN